vivo V60 bakal membuat penampilan di KL Fashion Week 2025
vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa generasi terbaru vivo V series iaitu vivo V60 akan membuat penampilan di KL Fashion Week 2025 melalui kolaborasi eksklusif bersama pereka terkenal Malaysia, Kit Woo.
vivo V60 akan hadir dengan menggabungkan sofistikasi yang terperinci dengan kemudahan harian dalam satu peranti yang menakjubkan. Ianya akan memiliki bezel ultra nipis pada ukuran 1.91 mm di bahagian atas, 1.86 mm di sisi dan 2.41 mm di bahagian bawah.
Selain itu, vivo V60 disahkan akan hadir dengan tiga sensor kamera ZEISS di bahagian belakang iaitu sensor utama 50MP IMX766 dengan OIS, sensor telefoto 50MP (OIS) dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 50MP.
Lain-lain spesifikasi vivo V60 Pro adalah cip Snapdragon 7 Gen 4, bateri BlueVolt 6,500mAh dengan pengecasan 90W FlashCharge, penarafan IP68&IP69 dan FunTouch OS 15.
Sama seperti vivo Malaysia, Kit Woo ialah pereka Malaysia yang terkenal dengan siluet eksperimental dan gaya avant-garde, serta berani mencabar batasan dengan idea-idea asli yang berani. Kolaborasi ini menyatukan teknologi canggih vivo Malaysia dengan rekaan progresif Kit Woo untuk mencabar batas fesyen, fotografi dan teknologi.
Nantikan kemunculan vivo Malaysia dan Kit Woo yang bakal mencuri tumpuan di pentas KL Fashion Week 2025, membuka tirai era baharu ekspresi diri di mana fesyen bertemu teknologi terkini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi dan ikuti vivo Malaysia di media sosial:

