ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip7 – Kelahiran Semula Telefon Pintar Flip Terbaik di Pasaran
🧿 Pengenalan
Selepas 6 generasi mendominasi pasaran telefon pintar foldable, kedudukan Samsung sebagai peneraju pasaran boleh dikatakan sangat tergugat dan model tahun ini pastinya menjadi penentukur kemampuan Samsung untuk terus menawarkan peranti boleh lipat yang berdaya saing.
Jika kita bercakap mengenai Galaxy Z Fold7, ini boleh dikatakan loncatan terbesar dari generasi ke generasi sejak Galaxy Fold diperkenalkan dan skrip yang sama boleh juga digunakan untuk Galaxy Z Flip7.
Dalam pada itu, Samsung Galaxy Z Flip7 adalah model telefon pintar yang lebih popular dikalangan pengguna dan generasi baharu ini memberikan pengguna lebih banyak sebab untuk beralih kepada telefon pintar boleh lipat Flip ini.
Dalam ulasan ini, kita akan melihat lebih dekat aspek-aspek utama seperti reka bentuk, skrin, prestasi, kamera, perisian, dan pengalaman penggunaan harian untuk membantu anda menentukan sama ada Galaxy Z Flip7 sesuai untuk anda.
Ini adalah ulasan Samsung Galaxy Z Flip7 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 4,999.
🏺Reka Bentuk
Galaxy Z Flip7 hadir ke pasaran sebagai variasi terbaik telefon pintar Flip daripada Samsung dan sebab utama kami berani berkata sebegini adalah Samsung telah menjadikan permintaan kebanyakkan pengguna satu realiti.
Tarikan utama Galaxy Z Flip7 sudah pastinya skrin paparan hadapan atau lebih popular dengan nama FlexWindow. Generasi baharu Flip ini hadir dengan FlexWindow terbesar didalam sejarah Galaxy Z Flip yang mana ianya memenuhi keseluruhan lipatan hadapan dari sudut ke sudut termasuk mengelilingi kamera.
Jika anda bandingkan dengan Galaxy Z Flip6, Galaxy Z Flip7 kelihatan seperti berada beberapa tahun ke hadapan kerana perbezaan antara FlexWindow ini adalah sangat ketara.
Samsung Galaxy Z Flip7 hadir dengan panel FlexWindow berukuran 4.1-inci yang jauh lebih besar berbanding Galaxy Z Flip6 dan ianya juga tampil dengan rekaan bezel yang sangat nipis iaitu hanya 1.25mm. Ia juga dilapisi gelas keselamatan Victus 2 yang turut digunakan pada panel belakang.
Selain panel FlexWindow, Galaxy Z Flip7 juga dibangunkan dengan komponen yang lebih nipis, padat dan tahan lasak. Ianya tampil dengan engsel Armor FlexHinge yang 30% lebih lebih nipis dan diperbuat daripada bahan berkekuatan tinggi untuk lipatan yang lebih lancar dan tahan lama.
Selain itu, lekukan skrin atau ‘crease’ pada skrin utama juga kini tidak lagi menjadi satu isu yang disebut kerana Galaxy Z Flip7 boleh dikategorikan sebagai langsung tidak mempunyai lekukan. Tidak lupa juga, ianya masih menawarkan kadar penarafan kalis air dan debu yang sama iaitu IP48.
Dalam pada itu, Ukuran dimensi Samsung Galaxy Z Flip7, ianya memiliki ketebalan 6.5mm ketika lipatan dibuka (0.4mm lebih nipis vs Z Flip6) dan 13.7mm ketika dilipat (1.2mm lebih nipis vs Z Flip6) manakala berat adalah 188gram. Ianya tampil didalam 4 pilihan warna iaitu Blue Shadow, Jetblack, Coralred dan Mint yang eksklusif di Samsung.com sahaja.
🖥️ Skrin Paparan
Samsung Galaxy Z Flip7 juga telah menerima upgrade pada skrin paparan utama yang kini bersaiz 6.9-inci yang menjadikanya sebagai panel skrin terbesar pernah ditawarkan pada Galaxy Z Flip yang memberikan pengalaman sinematik yang tiada bandingan.
Selain itu, kelebaran skrin Galaxy Z Flip7 ini adalah 68.6mm yang mana ianya hampir sama seperti panel skrin yang digunakan pada Galaxy S25+ yang pastinya meningkatkan kepuasan pengunaan terutamanya ketika menaip.
Seterusnya, panel Dynamic AMOLED 2x yang digunakan ini memiliki kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksima sehinga 2,600 nits selain ciri Vision Booster.
mempunyai resolusi FHD+ (2520 x 1080), HDR10+ dan terdapat juga lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 10MP.
Panel skrin utama telefon pintar ini mempunyai sokongan kadar segar semula adaptive antara 1Hz sehingga 120Hz, dan kepadatan piksel 425ppi yang memberikan anda pengalaman visual yang memuaskan.
Selain itu, Galaxy Z Flip7 juga membawakan ciri Adaptive Brightness yang membolehkan sistem peranti melaras kecerahan skrin mengikut keadaan dan Adaptive Colour Tone yang melaras warna mengikut keadaan cahaya persekitaran dengan menggunakan sensor kamera selfie.
Bercakap mengenai kadar segar semula, Samsung menawarkan dua tetapan kadar segar semula iaitu Standard yang membolehkan kadar segar semula sehingga 60Hz atau Adaptive yang menawarkan kadar segar semula sehingga 120Hz.
Beralih kepada warna paparan, Samsung menawarkan dua mod warna iaitu Vivid dan Natural. Vivid memberikan anda warna yang lebih pekat manakala Natural memberikan penghasilan warna yang lebih semulajadi dan sedikit kurang berbanding paparan vivid.
Satu lagi ciri yang penting untuk kesihatan mata pengguna adalah, Eye Comfort Shield yang menapis cahaya biru dan memudahkan anda tidur jika diaktifkan pada waktu malam.
🪞Cover Screen
Galaxy Z Flip7 hadir dengan FlexWindows yang merupakan panel Super AMOLED berukuran 4.1-inci dengan rekaan edge-to-edge dan ianya mempunyai resolusi 720×748 piksel dengan kepadatan piksel 305ppi.
Ianya adalah panel 120Hz yang memiliki lapisan gelas Corning Gorilla Glass Victus 2 serta kecerahan maksima mencecah 2,600nits bersama ciri Vision Booster menjadikanya setaraf dengan skrin paparan utama.
Selain itu, FlexWindow pada Galaxy Z Flip7 ini membolehkan anda menetapkan widget pada cover screen seperti Contact, Calendar, Weather, Alarm, Samsung Health, Stock dan banyak lagi.
Walaubagaimanapun, Samsung juga membolehkan anda membuka aplikasi lain di FlexWindow dengan mengaktifkanya di bahagian tetapan ( Advanced Features > Labs > Apps allowed on cover screen). Antara aplikasi yang tersedia untuk digunakan pada Flex Window adalah Google Maps, Samsung Messages, Google Messages, Netflix , YouTube dan Whatsapp.

Tambahan terbaru pada Galaxy Z Flip7 ini adalah kebolehan untuk membuka hampir semua aplikasi yang anda miliki pada FlexWindow dengan memuatnaik aplikasi/widget Multistar di Galaxy Store. Ianya secara asasnya adalah sebuah launcher yang membolehkan anda membuka kesemua aplikasi terus pada FlexWindow.
⚙️ Pemproses
Tahun ini, Galaxy Z Flip7 tidak lagi menggunakan cip daripada Qualcomm seperti yang ditawarkan pada Galaxy Z Fold7 yang bermaksud Exynos kini kembali pada Galaxy Z Series dengan cip flagship terbaru mereka iaitu Exynos 2500.
Sebaik sahaja Galaxy Z Flip7 diumumkan, pasti ramai yang mula membangkitkan spekulasi bahawa Exynos 2500 akan hadir dengan pelbagai isu yang menghantui cipset keluaran syarikat ini namun berdasarkan penggunaan kami, perbezaanya dari segi penggunaan harian adalah tidak begitu ketara.
Ya, cip Snapdragon 8 Elite adalah cipset yang lebih berkuasa tinggi namun untuk rata-rata pengguna, Galaxy Z Flip7 sudah cukup berkuasa tinggi. Bersama cipset ini turut disertakan 12GB RAM yang sama seperti Galaxy Z Fold7 manakala storan dalaman bermula dari 256GB atau 512GB.
Selain itu, Samsung juga telah melengkapkan Galaxy Z Flip7 dengan One UI 8 yang merupakan versi baharu UI daripada syarikat ini dan ianya juga menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan Android 16 yang belum ditawarkan lagi. Anda juga akan menikmati sehingga 7 tahun sokongan Android dari kemaskini OS dan keselamatan berkala.
Dalam pada itu, Samsung DeX juga ditawarkan buat pertama kali pada Galaxy Z Flip melalui Z Flip7 buat yang membolehkannya bertukar menjadi stesen kerja yang berguna.
Seterusnya, One UI 8 boleh dikatakan sebagai perisian yang meletakkan AI sebagai tunjang utama dengan akses kepada pelbagai ciri Galaxy AI terus pada FlexWindow yang memberikanya gelaran Pocket-Perfect AI
Ciri pertama adalah Gemini Live, bantuan peribadi daripada Google yang kini seperti teman hidup dan penasihat yang sentiasa bersama anda. Anda hanya perlu menekan butang kuasa, tekan butang suara dan mulakan perbualan dengan Gemini Live.
Selain itu, anda juga boleh memberikan akses kamera kepada Gemini Live untuk bertanya tentang pelbagai soalan hanya dengan menggunakan kamera seperti baju yang sesuai dipakai, resepi dan banyak lagi.
Now Bar
Now Bar pada Galaxy Z Flip7 membolehkan anda menyemak maklumat yang diperlukan dan serta-merta mengendalikan tugas utama secara terus pada FlexWindow tanpa membuka kunci skrin atau membuka lipatan telefon. Ianya memaparkan aktiviti aplikasi dalam masa nyata, kemajuan podcast dan makluman pada cover screem, dan ia kini disepadukan dengan lebih banyak aplikasi pihak ketiga.
Samsung juga telah mengesahkan bahawa Now Bar akan menyokong sehingga 35 cards menjelang penghujung tahun 2025. Antara aplikasi yang menyokong Now Bar adalah Now brief, Media Player, Timer, Stop watch, interpreter, Voice Recorder,
Notes, During exercise, Current Mode, Emergency Sharing, SmartThings(TV remote control), Call, DND(Do not disturb), Wallet(Tickets), Google Sports, Google Map dan banyak lagi.
Now Brief
Aplikasi Mini membolehkan anda melihat kandungan Now Brief terus pada FlexWindow.
ianya menawarkan update harian yang lebih diperibadikan termasuk trafik, peringatan, acara kalendar, dan ringkasan kecergasan. Dapatkan juga cadangan muzik dan video yang diperibadikan berdasarkan langganan dan minat anda dan mengakses data kesihatan dan kesejahteraan dengan mudah yang diambil daripada Samsung Health dan Galaxy Watch anda.
Emoji Wallpaper
Dengan menggunakan emoji 3D, berinteraksi dengan sentuhan pengguna atau pergerakan peranti
terdapat 7 wallpaper pra-muat dan ianya juga dapat menyesuaikan jenis emoji atau warna latar belakang. Emoji Wallpaper hanya disokong pada FlexWindow.
Cara untuk menetapkan Emoji Wallpaper :
- Pergi ke Settings
- Ketik Cover Screen > Add New
- Scroll ke Emojis dan pilih theme yang anda mahu
- Pilih emojis dan warna, ketik Done
Untuk lebih personalisasi, FlexWindow pada Galaxy Z Flip7 juga membawakan ciri auto curated wallpaper menggunakan gambar yang anda ambil manakala one stretched font clock membolehkan anda melaras saiz jam pada wallpaper mengikut keperluan.
Selain itu, ciri Interpreter pula membolehkan perbualan diterjemahkan dengan serta-merta menerusi transkripsi teks yang tertera pada paparan skrin supaya orang yang berbual dengan anda boleh saling memahami. Ia juga berfungsi tanpa data selular atau Wi-Fi.
Menariknya, terjemahan perbualan ini juga boleh dipaparkan pada Flex Window yang memudahkan lagi komunikasi antara anda dengan orang lain.
Untuk mesej dan aplikasi lain, Chat Assist menawarkan tiga ciri pada Galaxy Z Flip7 iaitu
- Writing Style – membantu menyempurnakan nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran seperti yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.
- Spelling and Grammar- menyemak setiap perkataan yang anda taip untuk sebarang kesilapan ejaan dan tatabahasa.
- Composer – membolehkan anda menggubal ayat sempurna dengan hanya memberikan beberapa kata kunci. Ianya boleh digunakan pada aplikasi Message, Mail dan media sosial. Anda boleh memilih tona dan gaya teks yang dicadangkan.
- Chat Translation – terjemah setiap perbualan secara langsung pada pelbagai aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan banyak lagi. namun ianya masih belum menawarkan terjemahan ke bahasa melayu.
Ciri Galaxy AI yang lain adalah Interpreter, Call Assist dan banyak lagi.
Lebih lanjut, Samsung Galaxy Z Flip7 Series juga hadir dengan ciri Circle to Search yang mana sesuai dengan namanya, anda boleh memulakan carian dengan menekan lama butang utama, pengguna boleh membulatkan sesuatu yang hendak dicari untuk melihat hasil carian berkualiti tinggi.
Seterusnya, Audio Eraser pula pada Samsung Galaxy Z Flip7 adalah fungsi Galaxy AI yang membolehkan anda membuang bunyi bising latar belakang yang tidak diingini daripada video. Ia berfungsi menganalisis audio menggunakan AI untuk mengenal pasti pelbagai jenis. Ianya kini turut boleh digunakan pada aplikasi lain seperti Samsung Notes dan Voice Recorder dengan kemas kini One UI 8.
Berita baik kepada pengguna adalah Samsung telah mengumumkan bahawa kesemua ciri Galaxy AI yang ditawarkan akan kekal percuma kepada pengguna walaupun pada mulanya diumumkan akan hanya ditawarkan secara percuma sehingga tahun 2025.
📸 Kamera
Samsung Galaxy Z Flip7 hadir dengan sistem dwi-kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 12MP. Ini secara asasnya adalah sensor yang sama seperti pada Galaxy Z Flip6 namun dengan generasi baharu ProVisual Engine, ia mengoptimumkan setiap adegan untuk memberikan pengimejan yang jelas dan terperinci dalam sebarang pencahayaan, tanpa melibatkan sebarang pelarasan manual.
Menariknya, sensor utama 50MP ini adalah sensor yang memiliki aperture f/1.8 dan OIS. Selain tetapan dwi-kamera, Galaxy Z Flip7 juga memiliki sensor kamera selfie 10MP yang sama seperti pada Galaxy Z Flip6.
Selain itu, Galaxy Z Flip7 juga hadir dengan ciri Auto Zoom yang telah dipertingkatkan, ciri Timer dan terdapat juga indikasi warna yang berbeza pada gelung sensor utama untuk mengetahui mod kamera yang sedang digunakan pada FlexWindow.
Seterusnya , Galaxy Z Flip6 juga mempunyai sensor ultrawide 12MP dan ianya masih mampu menawarkan anda fotografi sudut lebar yang memuaskan walaupun tidak setaraf apa yang ditawarkan pada peranti kelas flagship.
Selain sensor kamera, Galaxy AI masih memainkan peranan penting bagi meningkatkan lagi kreativiti dan menyempurnakan lagi pengalaman fotografi pengguna pada Galaxy Z Flip7.
Ciri Galaxy AI yang ada pada Galaxy Z Flip7 akan menawarkan anda pengalaman yang lebih melalui bantuan AI. Sebagai contoh, ciri Sketch to Image membolehkan anda menambah objek pada gambar dan ianya boleh dibuat melalui lakaran kasar anda sebelum Galaxy AI menganalisa gambar tersebut dan menawarkan beberapa contoh gambar dengan objek yang dijana oleh AI.
Satu lagi ciri Galaxy AI adalah pada gambar yang tercondong, AI akan mengisi semula sempadan untuk mendatarkan imej tersebut. Apabila objek perlu digerakkan sedikit untuk berada dalam kedudukan yang diingini, AI membolehkan pengguna melaraskan kedudukan subjek tersebut dan kemudiannya mengisi semula latar belakang.
Dalam pada itu, Galaxy AI juga membolehkan anda memadam atau mengalihkan sesuatu didalam gambar kepada kedudukan yang lain dengan mudah melalui ciri AI Eraser, anda hanya perlu melakar kawasan atau objek yang mahu dipadam atau digerakkan dan generate.
Secara keseluruhan, Galaxy Flip7 memberikan anda pengalaman fotografi yang memuaskan terutamanya apabila menggunakan sensor utama dan ciri Galaxy AI yang ditambah baik pada aplikasi Gallery sudah pastinya berguna untuk pengguna.
Lihat contoh gambar dari Samsung Galaxy Z Flip7 di sini :
🔋 Bateri
Dengan rekaan yang lebih nipis berbanding generasi sebelum ini, pasti ramai yang memaafkan Samsung jika kapasiti bateri Z Flip7 adalah sama seperti generasi sebelum ini, namun Samsung mempunyai idea yang lain kerana telefon pintar Galaxy Z Flip7 menjadi model Flip dengan bateri terbesar yang pernah digunakan.
Samsung Galaxy Z Flip7 hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAh iaitu 300mAh lebih besar berbanding Galaxy Z Flip6 pada kerangka yang lebih nipis dan hanya 100mAh lebih kecil berbanding bateri pada Galaxy Z Fold7 (4400mAh).
Menariknya, Galaxy Z Flip7 mampu memberikan jangka bateri yang lebih baik iaitu tambahan sehingga 12 jam waktu tontonan video berbanding Galaxy Z Flip6.
Bercakap mengenai pengecasan pantas, Galaxy Z Flip7 masih hadir dengan teknologi Fast Wireless Charging 2.0 pada kadar 25W yang membolehkan 50% pengecasan didalam masa 30 minit. Pengecasan tanpa wayar pula adalah pada kadar 15W dan terdapat juga pengecasan berbalik wireless power share.
Dalam pada itu, Galaxy Z Flip7 juga hadir dengan beberapa ciri perlindungan bateri seperti Adaptive Protection, Basic Protection dan Advance Protection.
👏🏼 Penutup
Samsung Galaxy Z Flip7 adalah model Flip terbaik pernah dikeluarkan Samsung dan kami berkata sedemikian bukan kerana ianya adalah generasi yang terbaharu semata-mata.
Apabila dibandingkan dengan Galaxy Z Flip6, Z Flip7 kelihatan sangat futuristik terutamanya pada rekaan FlexWindow dan penawaran bateri yang lebih besar juga tidak dapat kita abaikan.
Samsung Galaxy Z Flip7 kini ditawarkan pada harga RM 4,999 dan promosi pra-tempahan membolehkan anda mendapatkan versi 512GB pada harga yang sama seperti versi 256GB.
Dapatkan Samsung Galaxy Z Flip7 di SINI

























































