Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 Ciri Tersembunyi pada peranti HUAWEI yang anda tidak tahu kewujudanya

5 Ciri Tersembunyi pada peranti HUAWEI yang anda tidak tahu kewujudanya 1

 

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan telefon pintar atau tablet terbaru HUAWEI atau memang pengguna setia HUAWEI, anda mungkin orang yang tepat untuk membaca artikel ini kerana kami telah menyenaraikan 5 ciri tersembunyi yang mungkin anda tidak tahu boleh dilakukan pada peranti HUAWEI.

5 Ciri Tersembunyi pada peranti HUAWEI yang anda tidak tahu kewujudanya 2

Produktiviti dengan Multi-Window

Menonton tutorial di YouTube sambil menggunakan Google Docs kini menjadi sangat mudah dengan ciri multi-window yang ditawarkan pada peranti HUAWEI. Segala multitasking menjadi lebih mudah tanpa terlalu merumitkan segala kerja anda.

Anda hanya perlu membuka aplikasi YouTube bersebelahan dengan Google Docs dengan ciri multi-window yang tersedia pada peranti HUAWEI.

Buka YouTube dan Dokumen Google bersebelahan dengan Multi-Window.

→ Leret dari tepi skrin

→ Seret aplikasi kedua ke dalam paparan untuk mengaktifkan multi-window

→ Laraskan pembahagi dan multitasking dengan mudah

5 Ciri Tersembunyi pada peranti HUAWEI yang anda tidak tahu kewujudanya 3

Ciri Multi-Window dock to Pin Frequent Apps

Untuk akses yang lebih pantas kepada aplikasi seperti perbankan, parkir atau ganjaran, anda boleh memaut (pin) aplikasi yang sering digunakan pada multi-window dock yang membolehkan akses lebih pantas dari mana-mana aplikasi pada skrin.

→ Pergi ke Setting ▸ Side Bar ▸ Tambah aplikasi seperti KWSP i-Akaun, Flexi Parking atau Zus Coffee.

5 Ciri Tersembunyi pada peranti HUAWEI yang anda tidak tahu kewujudanya 4

Pastikan aplikasi anda sentiasa dikemas kini untuk menikmati ciri terbaik ….

pergi ke AppGallery ▸ Me ▸ Updates

→ Kemas kini ‘one-tap’ juga tersedia untuk semua aplikasi yang dimuatnaik melalui Gbox dan namun jika tidak dapat mengemaskini aplikasi anda pada Gbox, semak sama ada aplikasi Gbox anda adalah versi terkini di AppGallery !

5 Ciri Tersembunyi pada peranti HUAWEI yang anda tidak tahu kewujudanya 5

Persoalan yang sering bermain di fikiran rakyat Malaysia adalah tahap keselamatan HUAWEI AppGallery.

Anda tidak perlu ragu-ragu akan tahap keselamatan data dan privasi anda diceroboh dengan memuat naik aplikasi dari HUAWEI AppGallery kerana setiap aplikasi dikehendaki melalui proses yang ketat seperti nama sebenar pembangun aplikasi, pengesahan dan mekanisme keselamatan operasi sebelum disenaraikan di AppGallery

Tidak setakat itu, HUAWEI AppGallery juga memberikan jaminan perlindungan maklumat sulit pengguna dengan melakukan imbasan keselamatan selepas sesuatu aplikasi dimuat naik pada peranti HUAWEI anda.

Ciri Semakan Keselamatan ini juga termasuk pengesanan virus, penipuan, perlindungan privasi, semakan spam dan petua keselamatan yang boleh dilakukan dengan satu langkah mudah.

Selain itu, AppGallery juga akan menghantar amaran jika terdapat sebarang aplikasi meragukan pada peranti HUAWEI anda.

5 Ciri Tersembunyi pada peranti HUAWEI yang anda tidak tahu kewujudanya 6

Tonton Drama kegemaran anda sambil menghantar mesej teks melalui Picture-in-Picture (PiP)

Anda menerima mesej semasa anda menonton video kegemaran! Tidak perlu pause video tersebut, hanya alihkannya ke sisi, kemudian anda boleh membalas mesej dan menikmati filem serentak pada masa yang sama.

5 Ciri Tersembunyi pada peranti HUAWEI yang anda tidak tahu kewujudanya 7

HUAWEI Customer Service Hotline

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan: 1800 22 0086.

Segala persoalan dan masalah anda akan diselesaikan dengan bantuan professional daripada HUAWEI.

5 Ciri tersembunyi pada peranti HUAWEI ini adalah gerbang kepada pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan segala ciri ini ditawarkan tanpa sebarang isu keselamatan atau potensi kebocoran maklumat peribadi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.