Samsung Malaysia mula bersedia untuk pelancaran Galaxy A Series yang baharu
Samsung secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa telefon pintar Galaxy A series akan dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac ini dan mungkin mula dijual dari 18 Mac 2025.
Ini kerana Samsung Malaysia kini telah membuka jualan e-baucar bernilai RM 100 bagi pembelian Galaxy A Series ini dari 24 Februari sehingga 17 Mac 2025 pada harga RM 10 sahaja. Baucar yang dibeli ini akan dikongsikan ke alamat emel berdaftar didalam masa 24 jam sahaja.
Seterusnya, anda boleh menggunakan baucar ini untuk mendapatkan Galaxy A Series yang baharu bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2025 untuk menikmati diskaun sebanyak RM 100.
Walaubagaimanapun, Samsung tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai Galaxy A Series yang akan dilancarkan ini namun ianya dijangka akan hadir didalam dua model iaitu Galaxy A56 dan Galaxy A36.
Seterusnya, Galaxy A56 ini dikatakan akan dikuasakan cip Exynos 1560 manakala Galaxy A36 pula mungkin akan hadir dengan cip Snapdragon 6 Gen 3. Kedua-dua telefon pintar juga dilaporkan menggunakan panel OLED 6.6-inci dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W.
Dapatkan ebaucar Galaxy A Series di SINI

