Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 7 dilancarkan pada harga RM3199: Pra-tempahan bermula pada 8 Ogos dan boleh didapati di pasaran Malaysia pada 19 Ogos!

 

Galaxy Note 7Samsung Galaxy Note 7 dilancarkan pada harga RM3199: Pra-tempahan bermula pada 8 Ogos dan boleh didapati di pasaran Malaysia pada 19 Ogos!

Samsung telah melancarkan telefon pintar utama tersendiri iaitu Galaxy Note 7 pada 2 Ogos. Samsung Malaysia turut mengumumkan tarikh jualan serta harga runcit telefon pintar berkenaan untuk pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy Note 7 mempunyai skrin Super AMOLED melengkung pada kedua-dua sisi yang bersaiz 5.7-inci dengan paparan Quad HD (2560×1440 pixel). Ia diperkasakan oleh pemproses Exynos 8890, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB UFS 2.0. Berbeza daripada Galaxy Note 5, storan kini boleh diperluaskan sehingga 256GB melalui kad mikroSD. Bateri peranti ini berkapasiti 3,500 mAh yang menyokong pengecasan pantas yang menggunakan USB Type-C.

Kemampuan optiknya adalah kamera belakang 12-megapixel F1.7 dan kamera hadapan 5-megapixel F1.7. S-Pen baru Samsung Galaxy Note 7 kini hadir dengan mata yang lebih kecil berbanding sebelumnya, iaitu 0.7mm. Fungsi Air Command untuk S-Pen ditambahkan dengan sokongan Magnify dan Translate. Tambahan pula, S-Pen baru ini juga datang dengan sokongan kalis air yang boleh digunakan untuk mencatat nota ketika skrin dalam keadaan basah.

Ia turut dilengkapi sokongan NFC, sokongan kalis air IP68 serta menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Ia membolehkan peranti ini digunakan di dalam air sehingga 5 kaki dalam selama 30 minit.

 

2016070204120249121_ExtraLargeSize-640x640

 

 

Samsung Galaxy Note 7 datang dengan pilihan warna hitam, perak dan emas, ia akan mula dijual di pasaran Malaysia pada 19 Ogos dengan harga RM3,199. Kini, Samsung akan menawarkan sebanyak 4,000 unit Galaxy Note 7 ini untuk pra-tempahan daripada 8 Ogos hingga 10 Ogos.

Bagi pembeli tempatan yang ingin membuat pra-tempahan Galaxy Note 7 hari ini, anda akan menerima diskaun sebanyak 10% daripada harga runcitnya iaitu anda akan dapat membelinya pada harga RM2,879 dan akan menerima peranti berkenaan sehari sebelum pelancaran.

Samsung turut menawarkan ganjaran pra-tempahan yang amat menarik bernilai sebanyak RM957! Ganjaran pra-tempahan Galaxy Note 7 ini termasuk powerbank 10,200mAh dengan sokongan USB Type-C dan juga Wireless Charging Stand!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.