Pandang Pertama : realme GT 7 Pro – inovasi baharu yang dibawa telefon pintar flagship terbaru realme ini
realme Malaysia telah membuat kejutan terbesar tahun ini apabila mengumumkan bahawa realme GT 7 Pro akan memasuki pasaran tempatan sebagai telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8 Elite.
Walaupun belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, pihak realme Malaysia telah memberikan kami akses awal kepada GT 7 Pro dan ini adalah pandang pertama kami mengenainya.
Chipset Snapdragon 8 Elite yang lagi power dari iPhone!
realme GT 7 Pro bakal menjadi telefon pintar flagship pertama di Malaysia yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang merupakan cip pemprosesan paling berkuasa tinggi pernah dikeluarkan oleh Snapdragon dan ianya juga telah memperoleh lebih 3,000,000 juta mata di ujian benchmark AnTuTu. Ini juga membolehkan prestasi keseluruhan cipset ini mengatasi prestasi cipset terbaru yang digunakan pada iPhone.
Lebih lanjut, ianya menggunakan arkitektur Oryon yang mampu mengendalikan permainan video yang berkeperluan tinggi dengan kadar FPS yang stabil sehingga telefon terpadam. (PUBG / Genshin Impact / Honkai Star Rail / MLBB / HOK).
Paparan RealWorld Eco² OLED yang dibangunkan bersama Samsung
realme GT 7 Pro hadir dengan paparan RealWorld Eco² OLED yang dibangunkan dengan kerjasama Samsung dan panel skrin ini sebelum ini hanya digunakan pada peranti foldable Samsung.
Ianya juga memiliki 120% liputan Gamut DCI-P3 yang menjadikanya paparan paling ‘colourful’ dipasaran.
Bateri berkapasiti 6,500mAh bersama pengecasan pantas 120W
Telefon pintar terbaru realme GT Series ini adalah sangat nipis namun ianya memiliki kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 6,500mAh dan ini berjaya direalisasikan dengan penggunaan teknologi bateri Silikon Anod yang turut membolehkanya menduduki kedudukan No.1 di rangking jangka hayat bateri terbaik.
11480mm Iceberg VC Cooling System
realme GT 7 Pro juga memiliki sistem penyejukan Iceberg VC yang mempunyai kawasan liputan 11480mm yang menjadikanya sistem penyejukan paling terbesar pad segmen nya.
Ini membolehkan cip Snapdragon 8 Elite yang digunakan pada realme GT 7 Pro mengekalkan prestasi paling optimum sepanjang masa.
Fotografi dalam air
realme GT 7 Pro menjadi telefon pintar pertama dipasaran yang menawarkan sokongan fotografi didalam air dan ianya mampu mengambil gambar atau video didalam air sehingga pada kedalaman 2 meter selama 30 minit.
AI Sketch to Image
realme GT 7 Pro hadir dengan pelbagai ciri AI dan salah satu ciri tersebut adalah AI Sketch to Image yang membolehkan anda mengubah lakaran biasa kepada gambar terperinci atau lukis elemen baharu pada foto sedia ada dan hasilkan yang lebih kreatif.
Rekaan Mars Design
rekaan realme GT 7 Pro adalah berinspirasikan permukaan planet Marikh sebagaimemberi penghormatan kepada penjelajah Marikh.
Selain itu, realme juga menggunakan chasis aluminum gred industri penerbangan dengan kombinasi skrin paparan quad-curved.
Anda pasti teruja dengan spesifikasi utama realme GT 7 Pro ini, nantikan pelancaran GT 7 Pro di Malaysia pada 18 November ini.