HONOR Magic7 Pro dan Magic7 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Elite dan sensor telefoto 200MP
HONOR secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu HONOR Magic7 Series.
Kedua-dua model HONOR Magic7 dan HONOR Magic7 Pro ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite yang meningkatkan kemampuan pemprosesan tugas AI dan pengimejan yang lebih baik.
HONOR Magic7 Pro kini tampil dengan sensor telefoto 200MP yang menggantikan sensor 180MP pada Magic6 Pro dan ianya adalah sensor 1/1.4″ pada lensa 60mm yang memberikan zoom optikal 2.5x dan zoom digital 100x.
Selain itu, sensor utama HONOR Magic7 Pro masih sama iaitu sensor utama 50MP 1/1.3″ dengan variable aperture (f/1.4-f/2.0) dengan OIS manakala sensor ultrawide juga sama iaitu sensor 50MP 122° yang turut boleh digunakan untuk fotografi makro.
Dalam pada itu, kamera selfie juga satu lagi sensor 50MP 90° pada lubang berbentuk pil yang turut menempatkan 3D face scanner.
Seterusnya, HONOR Magic7 Pro memiliki skrin paparan LTPO OLED berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semulq 1-120Hz, resolusi 2.8K dan 10-bit warna Dolby Vision. Kecerahan maksima adalah 1,600nits namun mampu mencapai 5,000nits bagi kandungan HDR.
Beralih kepada bateri, HONOR Magic7 Pro memiliki bateri 5,850mAh dengan pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 80W.
Beralih kepada, HONOR Magic7 pula, ianya hadir dengan skrin paparan flat LTPO OLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 120Hz namun tiada sensor 3D face scanner disertakan.
Beralih ke kamera, HONOR Magic7 tidak memiliki sensor telefoto 200MP namun ianya digantikan dengan sensor telefoto 50MP pada lensa 68mm bersama OIS dan 3x zoom optikal. Sensor lain adalah sama seperti Magic7 Pro iaitu sensor utama 50MP 1/1.3″ dengan variable aperture (f/1.4-f/2.0) dengan OIS manakala sensor ultrawide juga sama iaitu sensor 50MP 122° yang turut boleh digunakan untuk fotografi makro. Kamera selfie adalah 50MP dengan lensa 90°.
Dalam pada itu, Magic7 memiliki bateri 5,650mAh dengan pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 80W. Kedua-dua telefon pintar juga memiliki penarafan IP68/IP69 dan sensor capjari ultrasonic.
Akhir sekali, HONOR Magic7 akan ditawarkan pada harga yang bermula dari CNY 4,999 dengan kapasiti RAM 12GB atau 16GB bersama storan dalaman sehingga 1TB. Magic7 Pro pula akan ditawarkan pada harga yang bermula dari CNY 5,699 dengan RAM 12GB/16GB dan storan sehingga 1TB.
Pelancaran global HONOR Magic7 Series mungkin berlangsung awal tahun hadapan.