Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR sahkan pelancaran MagicOS 9.0 dan Magic7 Series

HONOR sahkan pelancaran MagicOS 9.0 dan Magic7 Series 1

HONOR sahkan pelancaran MagicOS 9.0 dan Magic7 Series 2

HONOR secara rasminya telah mengesahkan bahawa pelancaran MagicOS 9.0 akan berlangsung pada 23 Oktober ini manakala pelancaran telefon pintar flagship HONOR Magic7 Series pula berlangsung seminggu kemudian pada 30 Oktober 2024.

HONOR MagicOS 9.0 akan berasaskan Android 15 dan ianya akan membawakan beberapa ciri AI baharu yang termasuk AI Agent iaitu bantuan peribadi seperti Apple Intelligence dan Google Gemini yang pernah pertama kali dipamerkan di IFA 2024.

Bercakap mengenai Magic7 Series, HONOR Magic7 Pro mungkin hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 4 sebagai antara telefon pintar pertama didunia untuk menggunakan cipset ini namun Magic7 mungkin beralih kepada penggunaan cip daripada MediaTek iaitu Dimensity 9400.

Pelancaran MagicOS 9.0 dan Magic7 Series di China ini akan berlangsung didalam masa 2 minggu sahaja lagi namun pelancaran global dijangka akan berlangsung awal tahun 2025.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.