Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI WATCH GT 5 Series dan HUAWEI WATCH Ultimate (Green Edition) kini dijual secara rasmi di Malaysia

HUAWEI WATCH GT 5 Series dan HUAWEI WATCH Ultimate (Green Edition) kini dijual secara rasmi di Malaysia 1

HUAWEI WATCH GT 5 Series dan HUAWEI WATCH Ultimate (Green Edition) kini dijual secara rasmi di Malaysia 2

Susulan pelancaran HUAWEI WATCH GT 5 Series dan HUAWEI WATCH Ultimate (Green Edition) di Malaysia baru-baru ini, HUAWEI telah mengumumkan kedua-dua jam tangan pintar HUAWEI ini kini tersedia untuk pembelian dipasaran tempatan.

HUAWEI Watch GT 5  kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,099  didalam dua saiz iaitu 41mm dan 46mm manakala HUAWEI Watch GT 5 Pro pula akan ditawarkan pada harga dari RM 1,399 juga didalam dua saiz iaitu 42mm dan 46mm.

HUAWEI WATCH GT 5 Series dan HUAWEI WATCH Ultimate (Green Edition) kini dijual secara rasmi di Malaysia 3

HUAWEI Watch Ultimate Green pula kini ditawarkan  pada harga RM 3,799  dan anda juga akan menerima HUAWEI FreeBuds Pro 3 secara percuma, 2 tahun waranti dan 2 tahun pelan perlindungan peranti.

HUAWEI WATCH GT 5 Series dan HUAWEI WATCH Ultimate (Green Edition) kini dijual secara rasmi di Malaysia 4

Dalam pada itu, mulai 15 Oktober 2024, pelanggan yang membeli HUAWEI WATCH GT 5 Pro atau WATCH Ultimate antara 26 September dan 30 November 2024 boleh menebus baucar sehingga RM300 melalui aplikasi Deemples.

Untuk menikmati ganjaran ini, cuma muatnaik aplikasi Deemples daripada HUAWEI AppGallery, masukkan 8 digit pertama nombor bersiri WATCH GT 5 Pro atau WATCH Ultimate anda dan tebus baucar anda serta-merta.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.