Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 FE kini dijual secara rasmi di Malaysia

Samsung Galaxy S24 FE kini dijual secara rasmi di Malaysia 1

 

Samsung Galaxy S24 FE kini dijual secara rasmi di Malaysia 2

Samsung Galaxy S24 FE yang dilancarkan baru-baru ini kena mula tersedia untuk pengguna di Malaysia pada harga dari RM 3,299.

Samsung Galaxy S24 FE menampilkan rekaan yang lebih sama seperti Galaxy S24 Series namun ianya memiliki chasis aluminum bersama penarafan IP68.

Beralih kepada skrin, Galaxy S24 FE memiliki skrin paparan Dynamic AMOLED 2x berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula maksima 120Hz (60~120Hz). Panel ini juga memiliki kecerahan maksima sehingga 1,200 nits dengan Vision Booster dan sisi bezel yang lebih nipis iaitu hanya 1.99mm serta lapisan gelas Victus+ pada bahagian hadapan dan belakang.

Samsung Galaxy S24 FE kini dijual secara rasmi di Malaysia 3

Seterusnya, Samsung Galaxy S24 FE dikuasakan cip Exynos 2400e yang merupakan cipset sama seperti pada Galaxy S24 dan Galaxy S24+ namun ianya adalah versi ‘underclocked’. Ianya turut memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Dalam pada itu, Samsung juga mempertaruhkan Galaxy AI dan syarikat ini juga menyatakan dengan jelas bahawa ‘Galaxy AI is Here’ yang bermaksud ianya sedia digunakan serta merta tanpa perlu menunggu kemaksini akan datang.

Menariknya, Samsung kini mempunyai 29 ciri Galaxy AI dan kesemua ciri turut ditawarkan pada Galaxy S24 FE seperti Circle to Search with Google, Interpreter, Live Translate, Composer dan Note Assist.

Ke bahagian kamera, S24 FE memiliki satu sensor utama 50MP bersama satu sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 3x 8MP. Kamera selfie adalah 10MP.

Selain itu, Galaxy S24 FE juga disertakan dengan bateri 4,700mAh bersama pengecasan pantas 25W, 7 kemaskini Android, Samsung Knox dan vapor chamber yang 11% lebih besar berbanding generasi sebelum ini.

Samsung Galaxy S24 FE kini ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Blue, Graphite, Gray dan Mint.

Samsung Galaxy S24 FE ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,299 bagi versi 256GB dan RM 3,899 bagi versi 512GB namun anda juga boleh menikmati rebat sehingga RM 900.

Anda kini boleh membeli Galaxy S24 FE di Samsung Online Store atau di Samsung Experience Store yang berdekatan anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.