Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo V40 Pro dan V40 pada harga lebih berpatutan sempena promosi Deepavali So Pro

Dapatkan Vivo V40 Pro dan V40 pada harga lebih berpatutan sempena promosi Deepavali So Pro 1

Dapatkan Vivo V40 Pro dan V40 pada harga lebih berpatutan sempena promosi Deepavali So Pro 2

Sempena salah satu perayaan yang paling berwarna-warni pada tahun ini, vivo Malaysia teruja untuk meraikan Deepavali yang bakal tiba bersama rakyat Malaysia dengan menawarkan promosi menarik bagi Vivo V40 dan V40 Pro .

Promosi istimewa Deepavali So Pro ini membolehkan semua orang menikmati diskaun eksklusif, menjadikannya masa yang sesuai untuk menaik taraf kepada Vivo V40 atau V40 Pro, dan mengalami ciri-ciri canggihnya semasa musim perayaan.

Dari 4 Oktober hingga 3 November 2024, semua orang boleh menikmati tawaran Deepavali So Pro hanya dengan menuntut baucar di sini.

Kemudian, ambil screenshot  kod baucar anda dan pergi ke Kedai Konsep vivo terdekat atau kedai rakan kongsi sah, dan tunjukkan kod anda kepada mereka!

Berikut adalah diskaun yang layak anda nikmati :

vivo V40 12+256GB: Potongan RM50 daripada RM1,999
vivo V40 12+512GB: Potongan RM100 daripada RM2,399
vivo V40 Pro 12+512GB: Potongan RM200 daripada RM3,299

Dilancarkan bulan lepas, vivo V40 dan V40 Pro membolehkan anda merakam detik ajaib Deepavali dengan ciri fotografi malam yang canggih.

Promosi Deepavali So Pro boleh didapati dalam talian dan di kedai runcit vivo di seluruh negara.

Dapatkan sekarang di stor rasmi Vivo Malaysia di Shopee dan Lazada atau layari laman web rasmi vivo Malaysia di  https://www.vivo.com/my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.