Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Osmo Action 5 Pro kini rasmi di Malaysia – dari RM 1,799

DJI Osmo Action 5 Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,799 1

DJI Osmo Action 5 Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,799 2

DJI secara rasminya telah memperkenalkan DJI Osmo Action 5 Pro di Malaysia yang mana ianya merupakan kamera aksi generasi terbaru syarikat ini yang membawakan pelbagai penambahbaikan termasuk sensor baharu yang meningkatkan lagi kualiti imej.

DJI Osmo Action 5 Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,799 3

Dari segi rekaan, DJI Action 5 Pro memiliki rekaan yang sama seperti generasi sebelum ini dengan paparan OLED pada bahagian hadapan dan belakang. Ianya juga memiliki penarafan kalis air sehingga 20 meter, sensor tekanan terbina, 47GB storan dalaman, Wi-Fi 6 dan banyak lagi.

DJI Osmo Action 5 Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,799 4

Beralih kepada kamera, DJI Osmo Action 5 Pro ini memiliki sensor 1/1.3-inci yang mampu mengambil gambar 40MP dengan sokongan rakaman video 4K/60fps, rakaman 4K/120fps pada nisbah 4:3 dan rakaman slow-mo 960fps yang akan dihasilkan melalui intelligent frame generation dari rakaman 240fps.

Lain-lain ciri kamera yang ditawarkan adalah degree horizon lock stabilisation, pre-recording capability, dan SuperNight mode dengan AI noise reduction.

DJI Osmo Action 5 Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,799 5

Seterusnya, DJI Osmo Action 5 Pro memiliki bateri 1,950mAh mampu bertahan sehingga 4 jam namun bergantung kepada mod rakaman dan terdapat sokongan pengecasan pantas 30W yang memberikan 2 jam penggunaan dengan 15 minit pengecasan.ianya juga mampu beroperasi pada suku sekitar -20°C sehingga 45°C

DJI Osmo Action 5 Pro kini rasmi di Malaysia - dari RM 1,799 6

Akhir sekali, DJI Osmo Action 5 Pro kini ditawarkan didalam dua pakej iaitu Standard Combo dan Adventure Combo masing-masing pada harga RM 1,799 dan RM 2,289.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.