Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 200 Lite 5G mula ditawarkan di Malaysia – percuma dengan pelan pascabayar terpilih

HONOR 200 Lite 5G mula ditawarkan di Malaysia - percuma dengan pelan pascabayar terpilih 1

HONOR 200 Lite 5G mula ditawarkan di Malaysia - percuma dengan pelan pascabayar terpilih 2

HONOR 200 Lite 5G kini telah mula ditawarkan untuk pembelian di seluruh negara pada harga RM1,299, ianya boleh dibeli di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store di seluruh negara, stor rasmi HONOR di platform Shopee dan Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

HONOR 200 Lite ialah telefon 5G mampu milik premier bagi mereka yang mencari telefon pada harga yang sesuai dengan kemampuan.

HONOR 200 Lite 5G mula ditawarkan di Malaysia - percuma dengan pelan pascabayar terpilih 3

Selain itu, HONOR 200 Lite 5G ini juga ditawarkan secara percuma apabila melanggani pakej pascabayar terpilih daripada CelcomDigi, Maxis dan U Mobile. Berikut adalah pelan telco yang tersedia untuk membolehkan pelanggan memiliki HONOR 200 Lite:

Hanya RM199 untuk HONOR 200 Lite dengan CelcomDigi

Dapatkan HONOR 200 Lite melalui Pakej MegaJimat pada hanya RM199 bersama pelan CelcomDigi Postpaid 5G RM 80 dengan kontrak 24 bulan, jimat sebanyak RM1,100. Pengguna juga boleh membayar RM499 untuk peranti ini dengan pelan sama untuk kontrak selama 12 bulan dan jimat RM800.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan HONOR 200 Lite melalui Easy360 daripada hanya RM1 sebulan dengan pelan CelcomDigi ONE. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menarik ini, kunjungi laman sesawang rasmi CelcomDigi.

HONOR 200 Lite 5G mula ditawarkan di Malaysia - percuma dengan pelan pascabayar terpilih 4

Dapatkan HONOR 200 Lite secara PERCUMA!

Dapatkan HONOR 200 Lite secara PERCUMA apabila pengguna mendaftar untuk pelan Maxis Postpaid 139, dengan penjimatan besar RM1,299! Anda juga boleh dapatkan peranti ini pada harga serendah RM99 dengan pelan Maxis Postpaid 109. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan HONOR 200 Lite, kunjungi laman sesawang Maxis.

HONOR 200 Lite 5G mula ditawarkan di Malaysia - percuma dengan pelan pascabayar terpilih 5

Bawa pulang HONOR 200 Lite secara PERCUMA dengan U Mobile

U Mobile menawarkan HONOR 200 Lite secara PERCUMA melalui U Save More, eksklusif dengan U Postpaid daripada RM68 sebulan! Nikmati Data Berkelajuan Tinggi 5G sehingga 1,000GB dan Percuma Perayauan Global di 63 destinasi. Kunjungi laman sesawang rasmi U Mobile untuk maklumat lanjut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.