Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch FE kini rasmi di Malaysia – RM 799 sahaja

Samsung Galaxy Watch FE kini rasmi di Malaysia - RM 799 sahaja 1

Samsung Galaxy Watch FE kini rasmi di Malaysia - RM 799 sahaja 2

Samsung secara rasminya telah memperkenalkan Galaxy Watch FE pada 19 Jun yang lalu dan jam tangan pintar ini kini telah tiba ke pasaran Malaysia

Galaxy Watch FE ini adalah model Galaxy Watch4 yang dijenama semula dan ianya tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.2-inci dengan ukuran 40mm.

Samsung Galaxy Watch FE kini rasmi di Malaysia - RM 799 sahaja 3

Samsung Galaxy FE ini  juga merupakan hadir demgan  OneUI 5 Watch yang berasaskan WearOS, cip 5nm iaitu Exynos W920 Dual Core 1.18GHz, 1.5GB RAM dan 16GB storan dalaman.

Samsung Galaxy Watch FE kini rasmi di Malaysia - RM 799 sahaja 4

Samsung Galaxy Watch FE juga tampil dengan reka bentuk sensor BioActive 3 dalam 1 yang membolehkan anda mengukur PPG, ECG dan BIA, penarafan kalis air dan habuk IP68, kalis air 5ATM untuk selaman, pensijilan ketahanan MIL-STD-810H , Bluetooth 5.3, Wi-Fi, NFC dan GPS/Glonass/Beidou/Galileo.

Samsung Galaxy Watch FE kini rasmi di Malaysia - RM 799 sahaja 5

Selain itu, Samsung Galaxy FE ini juga mempunyai kebolehan merekod sehingga 100 aktiviti kecergasan dan Always On Display serta bateri berkapasiti 247mAh.

Samsung Galaxy FE akan ditawarkan di Malaysia mulai 19 Julai ini pada harga RM 799 (versi Bluetooth) didalam tiga pilihan warna iaitu Pink Golf, Black dan Silver. 

Dalam pada itu, Samsung juga telah mengumumkan promosi khas yang menawarkan diskaun sebanyak RM 150 bagi Galaxy Watch FE dengan pembelian peranti Samsung yang terpilih.

maklumat lanjut di : Samsung Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.