Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V3 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 3 dan IPX8

HONOR Magic V3 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 3 dan IPX8 1

HONOR Magic V3 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 3 dan IPX8 2

HONOR secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar HONOR Magic V3 di China dan telefon pintar foldable ini adalah lebih nipis dan ringan berbanding Magic V2 yang telah memiliki gelaran telefon pintar foldable ternipis didunia.

HONOR Magic V3 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 3 dan IPX8 3HONOR Magic V3 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 3 dan IPX8 4

Ini bermaksud, Magic V3 kini merangkul gelaran telefon pintar foldable ternipis didunia dengan ketebalan 9.2mm (4.35mm ketika dibuka sepenuhnya) dan berat antara 226 sehingga 230 gram bergantung kepada varian.

Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic V3 memiliki skrin paparan  LTPO OLED berukuran 7.92-inci bersama kadar segar semula  120Hz,  kecerahan maksima 1,600 nits dan kadar PWM dimming 3,840Hz. Panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong 1 bilion warna dan HDR10+. Terdapat kamera selfie adalah 20MP.

Selain itu, Magic V3 juga hadir dengan cover screen 8T LTPP OLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksima 5,000nits dan kadar PWM Dimming 4,320Hz.

Selain itu, Honor Magic V3 hadir dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 3 dengan OS Turbo X, 16GB RAM dan storan dalaman 1TB. 

HONOR Magic V3 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 3 dan IPX8 5

Beralih kepada kamera, Honor Magic V3 tampil dengan sensor utama 50MP dengan aperture f/3.0 dan OIS, sensor ultrawide 40MP f/2.2 dan sensor telefoto periskop 50MP dengan 3.5x zoom optik dan OIS. Kamera selfie pada cover screen juga adalah 20MP.

HONOR Magic V3 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 3 dan IPX8 6

Seterusnya, Honor Magic V3 juga memiliki bateri berkapasiti 5,100mAh yang terdiri daripada sel bateri silikon karbon dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge dan 50W pengecasan tanpa wayar.

Lain-lain spesifikasi HONOR Magic V3 adalah pembesar suara stereo DTS : X Ultra, penarafan IPX8, sistem komunikasi satelite (di China) dan MagicOS 8.0.

HONOR Magic V3 dilancarkan secara rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 3 dan IPX8 7

Akhir sekali, HONOR Magic V3 kini ditawarkan dipasaran China pada harga yang bermula dari CNY 8,999 (RM 5,791) sehingga CNY 10,999 (RM 7,078).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.