Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 16 Pro Series akan guna panel OLED Samsung M14

Apple iPhone 16 Pro Series akan guna panel OLED Samsung M14 1

Laporan terbaru mengenai telefon pintar terbaru Apple mendedahkan bahawa iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max akan menjadi iPhone pertama untuk menggunakan panel OLED Samsung M14 yang lebih cerah dan lebih tahan lama.

Laporan sebelum ada menyebut bahawa iPhone 16 Pro Series akan memiliki paparan yang cerah dengan penggunaan Micro Lens Array.

Menurut ETNews Korea Selatan, kedua-dua model Pro dalam iPhone 16 Series ini akan menggunakan paparan terkini Samsung. Dikenali sebagai skrin M14, ia adalah model OLED yang menggunakan 14 bahan berprestasi tinggi yang tidak didedahkan.

Ini akan menjadi kali pertama Apple menggunakan skrin Samsung generasi terbaru ini. Bagaimanapun, Samsung juga dilaporkan membekalkan panel skrin yang sama kepada siri Google Pixel 9.

iPhone 16 Pro Series akan dilancarkan pada bulan September.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.