Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 1

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 2Xiaomi merupakan pengeluar jam kecergasan kategori ‘Smart Band’ No.1 dunia dan sehingga kini, sebanyak 8 generasi jam kecergasan ini telah dilancarkan.

Jika beberapa tahun lalu, Smart Band dan Smart Watch mempunyai perbezaan yang jelas, perkara ini kita tidak lagi boleh dijadikan ukuran untuk mengetahui samada ianya adalah Smart Band atau Smart Watch.

Contoh terbaik yang kita boleh katakan adalah Xiaomi Smart Band 8 Pro yang mana ianya kelihatan seperti jam tangan namun mempunyai fungsi yang lebih hampir seperti sebuah smart band.

Xiaomi Smart Band 8 Pro adalah model tumpuan kita pada ulasan ini dan ianya tampil dengan rekaan yang sama seperti generasi sebelum ini namun tampil dengan beberapa penambahbaikan yang mungkin mampu menyakinkan anda untuk membeli nya pada jualan 6.6 dengan harga promosi yang luar biasa.

Sebelum itu, mari kita meneroka kehebatan jam Xiaomi Smart Band 8 Pro ini dengan lebih mendalam.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 3

Rekaan & Skrin

Xiaomi Smart Band 8 Pro kelihatan seperti sebuah jam pintar dengan rekaan chasis segi empat bersama gelung keluli pada sekeliling kerangka jam ini. kerangka ini diperbuat daripada bahan plastik dan Xiaomi menyertakan kemasan yang memberikanya penampilan lebih premium.

Jam kecergasan ini juga tampil dengan mekansima quick-release untuk anda menukar tali jam dengan lebih mudah dan ianya juga kelihatan lebih tahan lasak. Smart Band 8 Pro ditawarkan didalam dua warna iaitu Black dan Light Grey.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 4

Selain itu, Xiaomi Smart Band 8 Pro hadir dengan rekaan yang sangat ringan dimana ianya mempunyai berat 22.5 gram sahaja tanpa tali jam manakala ketebalan adalah senipis 9.9m ( tanpa mengambil kira ketebalan sensor jantung).

Dalam pada itu, Xiaomi menawarkan banyak pilihan tali jam tambahan yang dijual berasingan namun didalam kotak anda akan menerima tali jam TPU berwana hitam atau kelabu.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 5

Beralih kepada skrin, Xiaomi Smart Band 8 Pro menampilkan skrin paparan AMOLED berukuran 1.74-inci yang menawarkan kadar segar semula 60Hz dan resolusi 336 x 480 piksel. Ianya juga menawarkan kecerahan maksima sehingga 600 nits yang memudahkan penggunaan walaupun dibawah cahay matahari.

Selain itu, skrin Smart Band 8 Pro ini juga dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass 3 untuk ketahanan yang lebih baik daripada calar dan keretakan.

Satu lagi ciri yang patut kami tekankan adalah Xiaomi Smart Band 8 Pro ini membawakan penarafan kalis air 5ATM yang memungkinkan aktiviti kecergasan melibatkan air seperti berenang dan meluncur air.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 6

Ciri Xiaomi Smart Band 8 Pro

Xiaomi Smart Band 8 Pro memiliki ciri kesihatan dan kecergasan yang sama seperti Xiaomi Band 8 dan Band 7 Pro seperti sensor degupan jantung 24/7, sensor SpO2, perekod tidur dan tekanan. Ianya juga menawarkan lebih dari 150+ mod kecergasan dan terdapat juga GNSS (L1 dan L5) terbina yang membolehkan anda melakukan aktiviti kecergasan yang memerlukan GPS tanpa membawa telefon pintar.

Selain itu, Xiaomi Smart Band 8 Pro juga menawarkan koleksi watch face yang boleh diakses melalui aplikasi Mi Fitness dan ianya juga boleh menyimpan sehingga 14 watch face terus pada jam kecergasan ini.

Dalam pada itu, Smart Band 8 Pro juga membawa ciri Always on Display (AOD) dimana terdapat 4 tema AOD terbina selain watch face pihak ketiga yang juga disertakan dengan rekaan AOD tersendiri.

Seterusnya, Xiaomi Smart Band 8 Pro memiliki 23 aplikasi terbina namun agak mengecewakan ianya tidak menyokong ciri panggilan kerana ketiadaan mikrofon dan speaker.

Bercakap mengenai notifikasi, Smart Band 8 Pro menawarkan sokongan notifikasi yang terhad tanpa sokongan bagi imej, emoji mahupun video.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 7

OS 

Xiaomi Smart Band 8 Pro membawakan UI Xiaomi yang tersendiri dan paparan jam kecergasan yang lebih besar membolehkan lebih banyak kandungan dipaparkan. Paparan AMOLED 60Hz ini sangat lancar ketika digunakan dan pengguna boleh menyimpan sehingga 4 halaman yang menempatkan widget ( maksima 3 pada setiap halaman). Penetapan Widget boleh dilakukan melalui aplikasi Mi Fitness.

Selain itu, notifikasi juga diterima dengan pantas tanpa sebarang kelewatan pada Band 8 Pro tidak kira ianya digunakan pada peranti Andorid mahupun iOS namun anda tidak boleh berinteraksi terhadap notifikasi itu.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 8

Ciri Kesihatan

Xiaomi Smart Band 8 Pro menampilkan penggunaan sensor optikal PPG 4-saluran bagi merekod kadar degupan jantung dan kandungan oksigen didalam darah (SpO2).

Selain itu, kekerapan bacaan kadar degupan jantung pada jam kecergasan ini boleh ditetapkan pada kadar 1 minit, 10 minit dan 30 minit. Terdapat juga pilihan untuk memberi notifikasi jika kadar degupan terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Bercakap mengenai ketepatan bacaan degupan jantung pada Xiaomi Smart Band 8 Pro ini, ianya adalah konsisten dengan jam kecergasan dan jam tangan pintar lain yang setaraf ketika bacaan pada kadar biasa.

Seterusnya, Smart Band 8 Pro juga menawarkan perekod kualiti tidur yang tepat dan ianya memberikan pengguna metrik berkaitan tidur yang menyeluruh termasuk peratusan fasa tidur seperti deep , light dan rapid eye movement (REM).

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 9

Ciri Kecergasan

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 10

Band 8 Pro menyokong lebih dari 150 mod sukan dengan kebanyakannya menunjukkan metrik utama yang sama seperti masa aktiviti, kalori terbakar dan kadar denyutan jantung. Walaubagimanapun, arahan regangan adalah tambahan baharu yang menampilkan animasi berpandu tentang cara memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkan badan selepas bersenam.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 11

Selain itu, Mod larian luar juga mempunyai beberapa metrik tambahan  seperti rentak, irama, langkah, dan ia boleh mengumpul data larian melalui penerima GNSS dwi-jalur terbina.

Dalam pada itu, Band 8 Pro juga menyokong pengesanan senaman automatik, beban latihan dan VO₂ max dengan cadangan waktu masa pemulihan selepas sesuatu aktiviti.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 12

Jangka Hayat Bateri

Xiaomi Band 8 Pro memiliki bateri berkapasiti 289 mAh yang mampu bertahan sehingga dua minggu didalam satu pengecasan penggunaan secara purata atau enam hari dengan mod AOD diaktifkan.

Kami berpendapat bahawa jangka hayat bateri Smart Band 8 Pro ini sudah pastinya berbeza mengikut penggunaan namun bagi kami ianya menawarkan jangka hayat bateri yang memuaskan.

Pengecasan penuh melalui kabel pengecas magnetik mengambil masa sekitar 80 minit.

ULASAN : Xiaomi Smart Band 8 Pro 13

Penutup

Xiaomi Smart Band 8 Pro adalah versi besar bagi Smart Band 8 dengan bateri dan skrin paparan yang lebih besar serta GPS terbina. Ianya mungkin tidak menawarkan ciri lengkap seperti sebuah jam pintar namun jangka hayat bateri yang lebih lama dan harga yang lebih mampu milik sudah pasti menjadi pertimbangan bagi pengguna.

Xiaomi Band 8 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 339 sahaja namun anda tidak patut melepaskan peluang memiliki jam kecergasan ini pada harga yang lebih berpatutan iaitu hanya RM 249 pada jualan 6.6 Mega Sale di stor rasmi Xiaomi Malaysia di Shopee.

Selain Xiaomi Band 8 Pro, Xiaomi Malaysia juga menawarkan diskaun hebat bagi pelbagai produk Xiaomi yang lain sempena jualan 6.6 yang bakal berlangsung mulai hari ini. Sila kunjungi stor rasmi Xiaomi di Shopee sekarang untuk maklumat lanjut.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.