Samsung Galaxy S25 Ultra mungkin disertakan dengan tiga sensor kamera dibelakang
Pelancaran Samsung Galaxy S25 Series mungkin masih jauh untuk diperkatakan namun ini tidak menghalang tipster di X yang mendakwa bahawa akan ada perubahan besar pada sensor kamera Galaxy S25 Ultra.
Menerut tipster ini, Samsung dillaporkan akan hanya menyertakan tiga sensor kamera dibahagian belakang dan sensor yang akan disingkirkan adalah sensor telefoto 10MP yang mempunyai 3x zoo. Ini bermaksud Samsung akan meningkatkan kemampuan sensor utama untuk mengambil gambar 3x.
Selain itu, Samsung juga akan akan meningkatkan kuada pemprosesan imej namun ianya akan mengekalkan saiz sensor yang sama seperti pada S24 Ultra namun dengan kebolehan penyerapan cahaya yang lebih tinggi. Sensor ultrawide pula mungkin kekal sama seperti pada generasi sebelum ini.
Dalam pada itu, sensor periskop Galaxy S25 Ultra dilaporkan sedang diuji pada dua tetapan iaitu 4x dan 5x atau pada 6x dan 7x namun masih belum ada keputusan akhir.