Samsung Wallet akan ditawarkan di Malaysia mulai penghujung bulan ini
Samsung Wallet yang dilancarkan pada bulan Jun tahun lalu adalah sebuah aplikasi yang menggabungkan Samsung Pay dan Samsung Pass dibawah satu nama dan ianya telah ditawarkan di 21 pasaran setakat ini.
Terbaru, Samsung telah mengumumkan bahawa perkhidmatan ini akan mula ditawarkan di 8 lagi negara pada penghujung bulan ini iaitu Australia, Brazil, Kanada, Hong Kong, India, Malaysia, Singapura dan Taiwan.
Samsung Wallet adalah sebuah perkhidmatan yang menyimpan pelbagai maklumat kad anda seperti kad kredit, kad debit, kad perpustakaan, kad keahlian, kad hadiah dan juga beberapa jenis kunci digital serta aset digital seperti dompet blockchain.
Selain itu, Samsung juga telah berkerjasama dengan beberapa pengeluar kereta seperti BMW dan Hyundai yang membolehkan fungsi kunci digital disimpan pada Samsung Wallet.