Samsung Galaxy Z Fold5 akan tampil dengan mekanisma engsel baharu tanpa kesan lipatan skrin
Samsung mungkin antara yang pertama untuk melancarkan telefon pintar foldable secara meluas namun salah satu kekurangan yang dimiliki telefon pintar ini adalah ianya memiliki kesan lipatan skrin yang jelas.
Walaubagaimanapun, ianya mungkin berubah pada Samsung Galaxy Z Fold5 kerana Samsung akan memperkenalkan engsel waterdrop yang akan menyingkirkan kesan lipatan pada skrin selain turut membolehkan panel ini ditutup rapat.
Mekanisme engsel membolehkan panel skrin membentuk lipatan seperti titisan air di dalam badan engsel, dan ini menyingkirkan kesan lipatan pada kedua-dua belah panel.
Selain itu, Samsung Galaxy Z Fold4 dan Z Flip4 masih menggunakan engsel berbentuk U yang masih tampil dengan kesan lipatan skrin yang ketara dan tidak tertutup sepenuhnya.
Dalam pada itu, Samsung dijangka akan mengekalkan pensijilan kalis air IPX8 pada generasi baharu Galaxy Z Fold.