vivo S16 Pro dan S16 kini rasmi dengan cip Dimensity 8200 dan kamera selfie 50MP – harga dari RM 1,583
vivo secara rasminya telah melancarkan vivo S16 Series dipasaran China dan telefon pintar ini mempunyai kemungkinan ditawarkan sebagai vivo V Series dipasaran antarabangsa.
vivo S16 dan vivo S16 Pro tampil dengan skrin paparan melengkung berukuran 6.78-inci dan panel AMOLED ini juga menyokong kadar segar semula 120Hz dan terdapat kamera selfie 50MP yang mempunyai pemfokusan auto dan dua lampu flash LED pada bahagian notch.
Dalam pada itu, vivo S16 Pro dijana cip Mediatek Dimensity 8200 bersama 12GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 256GB atau 512GB.
vivo S16 pula dijana cip keluaran Snapdragon 870 yang telah berusia beberapa tahun namun masih mampu memberikan prestasi yang baik. Bersamanya disertakan dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB manakala storan dalaman adalah antara 128GB, 256GB dan 512GB.
Beralih kepada kamera dibelakang, vivo S16 Pro memiliki satu sensor utama 50MP Sony IMX766V yang disertakan bersama OIS, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Beralih ke vivo S16 pula, ianya tampil dengan sensor utama 64MP yang memiliki PDAF dan OIS serta satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Selain itu, vivo S16 Pro dan vivo S16 juga tampil dengan bateri berkapasiti 4,600mAh bersama pengecasan pantas 66W dan antaramuka OriginOS 3 bersama Android 13.
Akhir sekali, vivo S16 pro ditawarkan didalam warna black dan jade green pada harga yang bermula dari CNY 3,299 (RM 2,089) manakala vivo S16 pula ditawarkan didalam warna black, jade green dan gradient pada harga bermula dari CNY 2,499 (RM 1,583).