Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini iOS 16.1 akan bawa ciri peratusan bateri ke semua model iPhone dengan Face ID

Kemaskini iOS 16.1 akan bawa ciri peratusan bateri ke semua model iPhone dengan Face ID 1

Kemaskini iOS 16.1 akan bawa ciri peratusan bateri ke semua model iPhone dengan Face ID 2

Sejak Apple iPhone memiliki takuk yang dihuni oleh Face ID, Apple tidak lagi memaparkan peratusan bateri pada status bar dan untuk mendapatkan maklumat peratusan bateri ini, pengguna harus ke Control Centre dengan melakukan swipe down pada skrin.

Walaubagaimanapun, kemaskini iOS 16 telah membawa semula ciri paparan peratusan bateri didalam ikon bateri dan ianya telah ditawarkan pada semua model iPhone yang memiliki sistem Face ID kecuali pada iPhone XR, iPhone 11, iPhone 12 mini, dan iPhone 13 mini.

Perkara ini sudah pastinya mengecewakan pemilik iPhone yang tidak menerima ciri ini namun kemaskini iOS 16.1 beta telah menyaksikan Apple menawarkan paparan peratusan bateri pada ikon bateri untuk semua model iPhone dengan Face ID.

Kemaskini iOS 16.1 dijangka akan mula ditawarkan kepada semua pengguna iPhone yang layak tidak lama lagi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.