Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp kini sokong ciri Emoji Reactions dan perkongsingan fail bersaiz sehingga 2GB

Aplikasi permesejan WhatsApp kini telah mula menawarkan beberapa ciri baharu yang akan menjadikan perbualan yang lebih menarik dan sokongan penghantaran fail yang lebih besar.

Mark Zuckerberg telah mengesahkan bahawa ciri Reactions kini telah mula ditawarkan pada aplikasi WhatsApp yang mana anda boleh memberikan makluma balas emoji kepada teks yang dihantar.

Setakat ini, 6 jenis emoji disokong pada ciri Reactions ini dan ianya telah mula ditawarkan kepada pengguna namun ianya akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna global.

Selain itu, WhatsApp juga menyokong perkongsingan fail bersaiz lebih besar iaitu maksima 2GB berbanding hanya 100MB sebelum ini.

Dalam pada itu, WhatsApp juga akan menyokong penyertaan sehingga 512 orang didalam Group Chat namun ciri ini akan ditawarkan didalam masa terdekat.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.