realme GT 2 Pro akan menjadi antara telefon pintar pertama dengan cip Snapdragon 8 Gen1
Sejurus selepas pelancaran cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen1, realme telah mengesahkan mereka akan menjadi antara syarikat pertama dipasaran untuk melancarkan telefon pintar dengan pemproses flagship ini iaitu realme GT 2 Pro.
Pemproses Snapdragon 8 Gen1 kini rasmi
Pengumuman ini bukan lah sesuatu yang mengejutkan kerana realme GT 2 Pro telah dikesan di pangkalan AnTuTu dengan memperoleh 1 juta mata dan ianya juga merupakan perantk flagship ultra premium pertama syarikat ini.
Selain pemproses Snapdragon 8 Gen1, realme GT 2 Pro dijangka akan hadir dengan pengecasan pantas UltraDart 125W, skrin paparan AMOLED 120Hz dan sensor utama 50MP yang memiliki OIS.