Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung dilaporkan akan hentikan pengeluaran siri Galaxy Note mulai 2021


Beberapa bulan lalu terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Samsung bakal menghentikan pengeluaran telefon pintar siri Galaxy Note dan kini, perkara ini dilihat semakin hampir menjadi kenyataan

Laporan terbaru daripada Reuters juga menyokong dakwaan ini dan ianya adalah berdasarkan tiga sumber yang rapat dengan syarikat gergasi Korea ini.

Sebab utama Samsung memutuskan untuk menghentikan pengeluaran siri Galaxy Note adalah disebabkan permintaan bagi siri flagship akibat daripada pandemik.

Selain itu, Samsung juga dilaporkan akan mengalihkan sumber pelaburan ini kepada siri telefon pintar foldable Galaxy Z.

Walaubagaimanapun, Samsung juga dilaporkan akan membawa sokongan S Pen kepada Samsung Galaxy S21 Ultra manakala telefon pintar foldable generasi baru mereka juga akan menawarkan sokongan stylus namun mungkin dijual berasingan.

Persoalan ini bakal terjawab dengan pelancaran Samsung Galaxy S21 yang dijadualkan akan berlangsung pada awal Januari 2021.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.