Apple disaman $5 juta kerana iOS 9 memperlahankan iPhone 4s
Sistem operasi terbaru Apple iaitu iOS 9 yang ditawarkan kepada hampir kesemua peranti iOS yang memiliki cip pemprosesan Apple A5 dan ke atas telah dijanjikan akan hadir dengan UI yang lebih pantas walaupun bagi model yang lama seperti Apple iPhone 4S yang merupakan model paling lama mendapat sokongan iOS 9.
Apple menjanjikan model lama seperti Apple iPhone 4s akan menerima versi sistem operasi yang lebih asas membolehkanya ianya beroperasi dengan baik walaupun spesifikasi yang dimiliki tidak setanding dengan model yang lebih baru.
Selepas kemaskini iOS 9 mula ditawarkan kepada pengguna, ramai yang mengadu bahawa terdapat banyak masalah prestasi yang dihadapi pada peranti mereka selepas kemaskini di lakukan.
Secara peribadi,saya yang menggunakan Apple iPhone 6 Plus juga perasaan terdapat sedikit kekurangan prestasi berbanding versi iOS 8 namun Apple boleh dipuji kerana isu ini berjaya ditangani dengan tawaran Apple iOS 9.1 dan iOS 9.2 baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, masalah prestasi dan tindak balas yang perlahan dilihat tidak hilang dari Apple iPhone 4s.
Walaupun ramai yang terpaksa menghadapi perkara ini tidak ramai yang dikatakan tampil dengan berani untuk melakukan sesuatu mengenai tindakan Apple yang menjanjikan sesuatu yang tida benar.
Chaim Lerman dan sejumlah pemilik Apple iPhone 4s dari Amerika Syarikat telah memfailkan saman ke atas Apple dengan mendakwa bahawa syarikat Cupertino ini telah menawarkan kemaskini yang menyebabkan iPhone 4s mereka lebih perlahan, tidak berfungsi seperti sebelum kemaksini dan menyebabkan pengguna terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang besar untuk membeli iPhone yang baru.
Selain itu, saman yang difailkan ini juga menyuruh Apple untuk mengubah kempen pemasaran Apple iOS 9 mereka yang mendakwa iOS lebih lancar, pantas dan lebih responsif.
Selain itu, planitif juga mendakwa Apple dengan sengaja mengabaikan masalah yang dihadapi oleh Apple iPhone 4s dan juga tidak memberikan pengguna pilihan untuk kembali semula ke sistem operasi yang sebelum itu ( iOS 8).
Planitif mahu Apple membayar sama $5 juta dan menyuruh makhamah mengarahkan Apple mengubah semula kesemua iklan mereka.
Jika kes ini berjaya, Apple harus membayar pampasan berjumlah $5 juta iaitu RM 21,511,057 berdasarkan kadar pertukaran semasa.
Apple boleh membayar saman ini kerana syarikat gergasi elektronik ini baru sahaja menerima $584 juta daripada Samsung :p