Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung melancarkan kad microSD 128GB PRO Plus- kad terpantas didunia

Samsung melancarkan kad microSD 128GB PRO Plus- kad terpantas didunia 1

samsung microSd 128gb

Samsung secara rasminya telah melancarkan kad microSD 128GB yang diletakkan didalam siri Pro Plus Samsung. Kad microSD Siri Pro Plus Samsung ini adalah kad yang mempunyai prestasi paling tinggi dan antara yang terbaik didalam industri.

Kad MicroSD terbaru daripada Samsung ini telah diberikan takhta sebagai kad microSD paling pantas didunia iaitu dengan kelajuan bacaan 95MB/s manakala kelajuan untuk menyalin adalah 90MB/s.

Selain itu kad microSD 128GB terbaru Samsung ini adalah kad yang tahan lasak dimana ianya kalis air, kalis suhu, kalis x-ray dan kalis magnet.

Versi 128GB ini akan meyertai kad microSD yang ditawarkan didalam siri Pro ini dengan kapasiti yang lebih kecil iaitu 32GB dan 64GB. Kad microSD terbaru Samsung ini juga dilaporkan hadir dengan memori flash MLC NAND berkualiti tinggi dan ianya turut menyokong ‘UHS-I Speed Class 3 (U3’) bersama-sama ‘Speed Class 10’.

Disebabkan kelebihan untuk membaca dan menulis data yang laju, Samsung menyasarakan kad memori ini kepada pengguna yang memiliki kamera aksi (GoPro), dron, telefon pintar premium, kamera digital DSLR dengan kebolehan merakam video 4K.

Dengan kad microSD 128GB ini anda boleh merekod 3 jam 50 minit video 4K Ultra-HD, 16 jam 20 minit video HD penuh 1080p tanpa perlu menukar kad dan kad PRO Plus 128GB ini juga boleh menyimpan maksimum 10,940 gambar selain 30,670 lagu MP3.

Kad microSD Samsung yang terbaru ini akan ditawarkan di lebih 50 negara seluruh dunia termasuk China, Eropah Korea dan Amerika Syarikat.

Ianya turut hadir dengan jaminan waranti terhad selama 10-tahun namun harga penjualan kad microSD 128GB ini tidak diumumkan buat masa ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.