Vivo NEX 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober ini
Vivo NEX 3 akan dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober ini
Vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Vivo NEX 3 akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 17 Oktober ini.
Vivo NEX 3 sebelum ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM yang merupakan petanda awal pelancaran telefon pintar ini ke Malaysia.
Vivo NEX tahun ini adalah generasi ketiga didalam siri kelas flaghsip Vivo dan ianya hadir dengan sokongan 5G namun bagi pasaran Malaysia, mungkin hanya versi 4G dibawa masuk. *Vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa Vivo NEX 3 akan hadir dengan sokongan 5G
Vivo NEX 3 juga menjadi telefon pintar flagship premium pertama untuk hadir dengan sensor utama 64MP Samsung ISOCELL Bright GW1 yang disertakan bersama dua sensor 13MP yang meliputi aspek fotografi landskap (lensa-lebar) dan telefoto (potrait).
Vivo NEX 3 juga hadir dengan skrin paparan melengkung Waterfall Fullview dengan nisbah skrin kepada badan 99.6%. Ianya adalah panel Super AMOLED dengan ukuran 6.89-inci.
Dengan sisi telefon pintar Vivo NEX kini adalah skrin, tiada sebarang butang fizikal namun ianya hadir dengan teknologi Touch Sense yang memberikan kesan seperti anda menyentuh butang fizikal.
Bercakap mengenai kamera selfie pula, Vivo NEX 3 hadir dengan kamera pop-up 16MP yang kini lebih lebar dan diletakkan dibahagian tengah.
Vivo NEX 3 ini juga hadir dengan spesifikasi dalaman yang baik dimana pemproses Snapdragon 855 Plus disertakan dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB dengan 256GB storan dalaman. ( versi 4GB hadir dengan 8GB RAM/128GB storan dalaman).
Vivo NEX 3 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAH dan terdapat sokongan pengecasan pantas 44W yang diwarisi dari Vivo iQOO Pro.