Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Inilah reka bentuk Google Pixel 4

Inilah reka bentuk Google Pixel 4 1

google pixel 4

Telefon pintar terbaru Google Pixel 4 mungkin masih mempunyai beberapa bulan sebelum dilancarkan secara rasmi namun secara tidak diduga, Google telah mendedahkan reka bentuk belakang telefon pintar terbaru ini.

Gambar tersebut telah dimuat naik di akaun Twitter rasmi Google yang memberikan kita pandangan belakang telefon pintar ini.

Panel belakang Pixel 4 ini nampaknya menampilkan reka bentuk panel gelas yang uniform dan bukanya dwi-tona seperti pada semua telefon pintar Pixel.

Selain itu, Pixel 4 nampaknya akan hadir dengan model kamera segiempat yang dilihat di inspirasikan dari kamera Huawei Mate 20 dan reka bentuk ini juga dijangka akan digunakan pada Apple iPhone 11 dan iPhone 11 Max.

Lensa kamera Pixel 4 ini kelihatan lebih kecil berbanding laporan sebelum ini dan terdapat juga satu flash LED dan satu potongan untuk modul pemfokusan laser.

Ini mengesahkan Pixel 4 akan hadir dengan tetapan dwi-kamera di belakang namun Google mungkin akan mengejutkan kita dengan menawarkan Pixel 4 XL dengan tiga kamera dibelakang.

Selain itu, Pixel 4 juga tidak mempunyai sebarang sensor capjari dibahagian belakang dan Google mungkin menyertakanya pada skrin.

Tidak Google mengeluarkan imej rasmi telefon pintar Pixel 4 ini mungkin sebagai langkah awal untuk mengelakkan episod tahun lalu dimana semua maklumat mengenai telefon pintar Pixel 3 telah diketahui lebih awal sebelum pelancaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.