vivo V80 Lite 5G Bakal Hadir di Malaysia dengan bateri BlueVolt 10,000mAh

vivo Malaysia bakal memperkenalkan vivo V80 Lite 5G, telefon pintar yang direka untuk pengguna aktif dengan bateri BlueVolt berkapasiti 10,000mAh dalam profil yang nipis dan bergaya. Kapasiti besar ini membolehkan pengguna kekal berhubung sepanjang hari tanpa perlu kerap mencari pengecas.
vivo V80 Lite 5G menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat dan Magic Cube Battery Packaging, selain menyokong pengecasan berbalik untuk berkongsi kuasa dengan peranti lain.
Selain itu, vivo V80 Lite 5G juga direka untuk cuaca panas Malaysia, peranti ini menyokong fungsi 45°C Constant Power bagi memastikan kuasa lebih stabil pada suhu tinggi. Sistem Penyejukan 3.8K Ultra Large VC pula membantu mengawal haba, manakala Battery Life Extender memastikan fungsi penting terus boleh digunakan ketika bateri hampir habis.
Dari segi reka bentuk, vivo V80 Lite 5G menampilkan bucu bulat, bezel ultra nipis dan paparan OLED 1.5K berukuran 6.83 inci. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black.
Maklumat lanjut mengenai harga, spesifikasi penuh di Malaysia akan diumumkan pada 3 September ini.

