Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 kini rasmi di Malaysia

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 kini rasmi di Malaysia 1

Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan jualan rasmi generasi terbaharu telefon pintar foldable Galaxy Z Series terbaharu syarikat iaitu  Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8.

Ketiga-tiga model ini menawarkan pengalaman berbeza, daripada produktiviti pada skrin besar, pengalaman hiburan yang lebih imersif sehinggalah reka bentuk kompak untuk pengguna yang mementingkan gaya dan kemudahan. Kesemuanya turut hadir dengan pengalaman Galaxy AI yang dioptimumkan mengikut bentuk peranti masing-masing.

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 kini rasmi di Malaysia 2

Galaxy Z Fold8 Ultra

Merupakan model paling premium dalam keluarga baharu ini, Galaxy Z Fold8 Ultra hadir dengan skrin utama berukuran 8 inci, menjadikannya ruang kerja mudah alih yang lebih luas untuk multitasking dan penciptaan kandungan.

Ia dikuasakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy, bersama bateri 5,000mAh dan sokongan pengecasan pantas 45W. Dari aspek kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 200MP serta kamera ultra-lebar baharu 50MP.

Samsung turut menggunakan teknologi Flex Titanium pada struktur paparannya, manakala skrin utama menyokong kecerahan sehingga 3,000 nits, Vision Booster dan kemasan rendah pantulan.

Di Malaysia, Galaxy Z Fold8 Ultra ditawarkan pada harga bermula RM8,099 untuk 256GB, RM8,899 untuk 512GB dan RM10,499 bagi 1TB.

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 kini rasmi di Malaysia 3

Galaxy Z Fold8

Galaxy Z Fold8 pula tampil sebagai pilihan baharu dalam keluarga Fold dengan fokus kepada pengalaman kandungan dan penggunaan harian. Ia mempunyai berat hanya 201 gram, menjadikannya Galaxy Z Fold paling ringan Samsung setakat ini.

Peranti ini menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy, bateri 4,800mAh dan paparan utama dengan nisbah 4:3 apabila dibuka. Sistem kameranya terdiri daripada dua kamera 50MP untuk perspektif wide dan ultra-wide.

Harga Galaxy Z Fold8 di Malaysia bermula RM7,299 untuk 256GB, RM8,099 untuk 512GB dan RM9,699 bagi 1TB.

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 kini rasmi di Malaysia 4

Galaxy Z Flip8

Bagi pengguna yang mahukan peranti lebih kompak, Galaxy Z Flip8 menawarkan reka bentuk clamshell dengan fokus kepada penggunaan pantas, ekspresi diri dan ciri AI.

Ia mempunyai berat hanya 180 gram dan ketebalan 6.1mm ketika dibuka. Samsung turut memperkenalkan pengalaman FlexWindow yang lebih pintar, termasuk ciri seperti Now Brief dan integrasi Gemini Intelligence.

Untuk fotografi, Flip8 menggunakan kamera 50MP dengan ProVisual Engine serta beberapa ciri FlexCam untuk rakaman bebas tangan dan swafoto.

Galaxy Z Flip8 ditawarkan pada harga RM5,399 untuk 256GB dan RM6,199 untuk 512GB.

Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 kini rasmi di Malaysia 5

Tawaran pelancaran sehingga RM1,909.90

Untuk pembelian Galaxy Z Series baharu di Malaysia, Samsung menawarkan ganjaran pelancaran sehingga RM1,909.90, termasuk rebat eksklusif sehingga RM800, Samsung Rewards Points Booster sehingga RM400 dan rebat RM500 menggunakan kad bank terpilih. Pembeli turut boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk aksesori terpilih.

Dalam masa sama, Samsung turut menyediakan program trade-in dengan penjimatan sehingga RM3,145, bergantung kepada peranti dan keadaan peranti yang didagangkan. Promosi ini sah sehingga 4 Oktober 2026.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.