Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : HONOR 600 Pro 5G – Rekaan Level Flagship & Sensor 200MP dengan penstabilan terbaik dipasaran

HONOR 600 Pro 5G Malaysia

HONOR 600 Pro 5G Malaysia

HONOR N Series terbaru daripada HONOR yang kini telah dinaik taraf sebagai siri telefon pintar segmen flagship telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan pasaran negara kita telah dipilih sebagai pasaran global pertama untuk pelancaran HONOR 600 Series ini.

Dari segi prestasi pasaran, N Series menunjukkan momentum luar biasa di Asia Tenggara dengan peningkatan jualan sebanyak 333% bagi HONOR 400 Series pada tahun 2025, menurut laporan Counterpoint Research.

Strategi HONOR terbukti berjaya khususnya di Malaysia, di mana jenama ini berkembang pesat dan kini menjadi pilihan utama pengguna. Sepanjang 2025, HONOR mencatat pertumbuhan jualan yang kukuh dan berjaya muncul sebagai jenama Android nombor satu di negara ini. Kejayaan ini didorong oleh prestasi cemerlang dalam segmen premium, terutamanya dalam kategori Accessible Flagship.

Pandang Pertama : HONOR 600 Pro 5G - Rekaan Level Flagship & Sensor 200MP dengan penstabilan terbaik dipasaran 1

Teknologi Cold-Craving Craftsmanship 

HONOR 600 Series telah disahkan terdiri daripada dua model iaitu HONOR 600 5G dan HONOR 600 Pro 5G yang memiliki rekaan flagship baharu yang dihasilkan menggunakan teknologi premium cold carving craftsmanship.

Menariknya, teknologi pembuatan Cold-Craving yang digunakan pada HONOR 600 Pro ini menghasilkan panel belakang yang mempunyai ketebalan hanya 0.5mm namun kekuatan lenturan telah dipertingkatkan sebanyak 200%.

Pandang Pertama : HONOR 600 Pro 5G - Rekaan Level Flagship & Sensor 200MP dengan penstabilan terbaik dipasaran 2

Selain itu, HONOR 600 Series ini juga hadir dengan kerangka yang diperbuat daripada keluli yang memiliki kemasan matte untuk penampilan yang sentiasa premium tanpa kesan capjari dan calar. HONOR 600 Series akan ditawarkan didalam tiga warna yang elegan iaitu Orang, Golden White dan Black.

Pandang Pertama : HONOR 600 Pro 5G - Rekaan Level Flagship & Sensor 200MP dengan penstabilan terbaik dipasaran 3

Pada bahagian hadapan, HONOR 600 Pro menjadi telefon pintar pertama didunia untuk memiliki bezel di bawah 1.0mm atau secara tepatnya hanya 0.6mm jauh mengatasi flagship terbaik dari Android dan Apple.

Pandang Pertama : HONOR 600 Pro 5G - Rekaan Level Flagship & Sensor 200MP dengan penstabilan terbaik dipasaran 4

Sistem Kamera Flagship dengan Penstabilan Imej Tertinggi Industri

Meneruskan legasi kamera 200MP daripada HONOR 400 Series, HONOR 600 Series kini hadir dengan sistem kamera flagship yang dinaik taraf untuk memberikan kejelasan ultra tinggi serta ketepatan warna yang luar biasa walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.

Keupayaan telefoto kini dipertingkatkan sehingga 120x zoom, membolehkan pengguna merakam perincian halus seperti seni bina, haiwan, atau potret dari jarak jauh khususnya dengan AI Super Zoom 2.0.

Selain itu, HONOR 600 Series juga memiliki penstabilan imej profesional bertaraf CIPA 6.5 iaitu tahap penstabilan tertinggi di industri. Ianya turut membawakan Night Engine seperti pada HONOR Magic8 Pro dan AI Color Engine yang akan didedahkan dengan lebih mendalam pada majlis pelancaran.

Nantikan perkembangan terkini di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari https://www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.