HONOR 600 Series Bakal Hadir dengan Kamera Flagship dan Penstabilan Imej Terunggul Industri

HONOR secara rasmi telah berkogsi rekaan pertama bagi siri flagship terbaharunya iaitu HONOR 600 Series. Pendedahan ini menampilkan kemasan Golden White yang menawan, bersama rekaan flagship baharu yang dihasilkan menggunakan teknologi premium cold carving craftsmanship.
Selepas penjenamaan semula strategik ke segmen flagship, HONOR 600 Series menjanjikan prestasi bertaraf industri, termasuk spesifikasi kamera kelas tertinggi. Peranti ini bakal dilengkapi kamera utama 200MP yang berkuasa, penstabilan imej profesional bertaraf CIPA 6.5, serta keupayaan zoom sehingga 120x.
Jenama ini turut mengesahkan bahawa Malaysia dipilih sebagai pasaran global pertama untuk pelancaran siri 600 ini, dengan tarikh rasmi akan diumumkan minggu hadapan.
Sistem Kamera Flagship dengan Penstabilan Imej Tertinggi Industri
Meneruskan legasi kamera 200MP daripada HONOR 400 Series, HONOR 600 Series hadir dengan sistem kamera flagship yang dinaik taraf untuk memberikan kejelasan ultra tinggi serta ketepatan warna yang luar biasa walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.
Keupayaan telefoto kini dipertingkatkan sehingga 120x zoom, membolehkan pengguna merakam perincian halus seperti seni bina, haiwan, atau potret dari jarak jauh.
Lebih mengagumkan, lensa telefotonya mencapai penarafan penstabilan imej tertinggi industri iaitu CIPA 6.5, yang berkesan mengurangkan kesan gegaran dan menghasilkan gambar tajam bertaraf profesional. Selain itu, enjin AI Color Engine baharu mampu memproses imej secara pintar untuk menghasilkan tona warna yang lebih realistik.
Jualan HONOR N Series Meningkat 333% di Asia Tenggara; Kini No.1 di Malaysia
Dari segi prestasi pasaran, N Series menunjukkan momentum luar biasa di Asia Tenggara dengan peningkatan jualan sebanyak 333% bagi HONOR 400 Series pada tahun 2025, menurut laporan Counterpoint Research.
Strategi HONOR terbukti berjaya khususnya di Malaysia, di mana jenama ini berkembang pesat dan kini menjadi pilihan utama pengguna. Sepanjang 2025, HONOR mencatat pertumbuhan jualan yang kukuh dan berjaya muncul sebagai jenama Android nombor satu di negara ini. Kejayaan ini didorong oleh prestasi cemerlang dalam segmen premium, terutamanya dalam kategori Accessible Flagship.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang HONOR 600 Series? HONOR Malaysia akan mendedahkan barisan penuh bersama lebih banyak maklumat eksklusif esok! Nantikan perkembangan terkini di laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari https://www.honor.com/my/.





