Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan HONOR N Series meningkat, HONOR No.1 dalam segmen premium di Malaysia pada tahun 2025.

Jualan HONOR N Series meningkat, HONOR No.1 dalam segmen premium di Malaysia pada tahun 2025. 1

Jualan HONOR N Series meningkat, HONOR No.1 dalam segmen premium di Malaysia pada tahun 2025. 2

Selepas menaiktaraf HONOR N Series ke tahap flagship , HONOR telah mengumumkan bahawa siri ini telah mencapai pertumbuhan jualan yang ketara pada tahun 2025.

Menurut laporan Counterpoint yang dikeluarkan pada 1 April 2026, jualan N Series meningkat sebanyak 333% di rantau Asia Tenggara pada tahun lalu. Lebih membanggakan, Malaysia muncul sebagai pasaran pertumbuhan utama, di mana HONOR kini menjadi pilihan No.1 dalam segmen premium sekaligus diiktiraf sebagai jenama flagship mampu milik yang terkemuka.

Jualan HONOR N Series meningkat, HONOR No.1 dalam segmen premium di Malaysia pada tahun 2025. 3

Selain itu, HONOR juga telah mencatatkan pertumbuhan besar dalam jualan kategori Accessible Flagship di luar China sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan lonjakan ketara pada 2025 yang didorong oleh HONOR 400 series  yang tampil dengan upgrade terbesar dari segi kamera, bateri dan ciri AI berbanding HONOR 200 Series. Pertumbuhan ini dipacu oleh rantau Asia Tenggara, Timur Tengah & Afrika, Amerika Latin dan Eropah, di mana jika dibandingkan tiga suku pertama tempoh pelancaran, jualan HONOR 400 Series meningkat sebanyak 333%, 319%, 215% dan 107% masing-masing berbanding siri 200.

Dalam pada itu, strategi HONOR terbukti sangat berjaya di Malaysia, di mana ia telah memperluaskan kehadiran telefon pintar dengan pantas dan menjadi pilihan utama pengguna. Sepanjang tahun 2025, jualan HONOR meningkat dengan ketara di negara ini, menjadikannya pengeluar (OEM) nombor satu dari segi jumlah jualan telefon pintar.

Ini turut didorong oleh pertumbuhan dalam segmen premium, khususnya kategori Accessible Flagship, di mana HONOR berjaya mengatasi Google dan Xiaomi untuk menjadi pengeluar Android kedua terbesar. Kini, HONOR sedang mencabar pendahulu pasaran untuk menerajui kategori Android Accessible Flagship.

HONOR N Series dinaik taraf sebagai peranti kelas flagship – bakal tiba di Malaysia bulan ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.