Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Detik Harian Jadi Lebih Mudah dengan Galaxy AI

Detik Harian Jadi Lebih Mudah dengan Galaxy AI 1

Detik Harian Jadi Lebih Mudah dengan Galaxy AI 2

Tugas-tugas kecil boleh cepat bertambah. Merancang percutian bersama rakan selalunya memerlukan penggunaan pelbagai aplikasi — menyemak Kalendar untuk elakkan pertindihan, menempah kereta ke lapangan terbang, membuka semula Nota untuk semak tempat yang ingin dilawati, menjejak resit, dan berjaga lewat malam untuk mengedit gambar sebelum dimuat naik.

Galaxy AI pada Galaxy S26 Series direka untuk memudahkan semua momen ini. Dengan bertindak secara proaktif bagi pihak anda, ia mengurangkan langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Ia hadir tepat pada waktunya, supaya anda boleh fokus pada apa yang sedang dilakukan tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi dan mengurus setiap perkara secara manual.

Apakah ciri utama Galaxy AI pada Galaxy S26 Series ?

Pada siri Galaxy S26, Galaxy AI hadir dalam pelbagai tugasan harian — menjadikan perancangan, penciptaan, pengurusan, perkongsian dan banyak lagi lebih mudah. Daripada cadangan pintar yang peka konteks untuk memastikan perbualan berjalan lancar, hingga alat intuitif yang membantu memperkemas dan menyusun kandungan visual, Galaxy AI membantu anda kekal dalam aliran kerja.

Detik Harian Jadi Lebih Mudah dengan Galaxy AI 3

Now Nudge menyesuaikan diri dengan apa yang dipaparkan pada skrin dan data dalam peranti anda untuk memberi cadangan berguna pada masa yang tepat. Contohnya, apabila anda berbual tentang rancangan keluar bersama rakan dan tarikh disebut dalam mesej, Galaxy S26 akan mengenal pasti tarikh tersebut, memaparkan jadual anda pada hari itu, serta menawarkan untuk menambah acara — semuanya tanpa perlu keluar dari aplikasi.

Apabila seseorang meminta gambar percutian anda di New York, Now Nudge boleh mencadangkan imej yang relevan secara automatik daripada Galeri, membolehkan anda berkongsi dalam beberapa saat tanpa perlu mencari satu persatu. Ia juga boleh memaparkan maklumat tersimpan seperti senarai tempat menarik yang anda catat dalam Samsung Notes — tanpa perlu membuka aplikasi berasingan.

Untuk panduan langkah demi langkah mencuba ciri Galaxy AI ini, tonton di sini. Galaxy S26 mampu mengendalikan tugasan berbilang langkah di belakang tabir, menjadikan rutin harian terasa lebih mudah.

Melalui interaksi semula jadi, Google Gemini boleh mencari dan melaksanakan tindakan kompleks merentasi aplikasi dengan lancar. Jika anda lewat untuk berjumpa rakan, hanya tekan lama butang sisi dan minta Gemini menempah teksi ke destinasi anda — ia akan membuka aplikasi dan menyediakan tempahan untuk pengesahan. Ini memberikan gambaran awal keupayaan AI “agentic” yang boleh menyelesaikan tugasan rutin secara automatik.

Detik Harian Jadi Lebih Mudah dengan Galaxy AI 4

Kamera Galaxy sentiasa memudahkan anda merakam gambar yang hebat. Dengan Galaxy S26, Photo Assist dan Creative Studio yang dipertingkatkan menjadikan proses suntingan dan penyesuaian kandungan lebih lancar.

Photo Assist kini menyokong penyuntingan menggunakan bahasa semula jadi — anda hanya perlu menyatakan perubahan yang diingini tanpa istilah teknikal atau kepakaran khas. Contohnya, jika rakan anda sudah menggigit makanan sebelum gambar diambil, anda boleh meminta untuk memulihkan bahagian tersebut dan sistem akan mengisinya semula. Atau, jika mahu suasana gambar landskap ditukar daripada siang ke malam, anda hanya perlu menyatakannya. Anda juga boleh melihat perubahan secara berperingkat dan kembali ke versi sebelumnya bila-bila masa.

Detik Harian Jadi Lebih Mudah dengan Galaxy AI 5

Creative Studio pula boleh diakses melalui Edge Panel, membolehkan anda menukar lakaran, gambar atau idea kepada visual yang siap — seperti pelekat lucu untuk sembang kumpulan atau wallpaper mengikut gaya anda. Hasil yang dijana boleh terus diedit atau dikongsi tanpa perlu bertukar aplikasi.

Detik Harian Jadi Lebih Mudah dengan Galaxy AI 6

Galaxy AI turut membantu anda kekal teratur dan mengurus dokumen harian dengan lebih mudah. Fungsi Document Scan terbina dalam aplikasi Kamera. Contohnya, jika anda berada di klinik dan perlu menghantar borang kepada ahli keluarga, anda boleh mengimbas dan menghantar salinan digital yang jelas serta-merta. Galaxy S26 akan mengenal pasti dokumen, membuang herotan dan gangguan seperti lipatan atau jari dalam gambar. Jika terdapat beberapa halaman, semuanya boleh digabungkan secara automatik menjadi satu fail PDF.

Galaxy AI pada siri Galaxy S26 direka untuk mengurus langkah-langkah kecil yang sering mengambil masa sepanjang hari. Dengan mengurangkan usaha bagi tugasan harian, setiap interaksi menjadi lebih intuitif. Hasilnya ialah telefon yang menyesuaikan diri dengan anda — membolehkan anda menikmati momen tanpa terganggu dengan proses yang rumit.

Cuba sendiri pengalaman ini melalui Try Galaxy pada peranti anda sekarang. Ketahui lebih lanjut tentang Galaxy S26 Ultra dan peranti Galaxy terkini di Samsung.com.

Detik Harian Jadi Lebih Mudah dengan Galaxy AI 7

Dapatkan Samsung Galaxy S26 Series baharu hari ini!

Sehingga 3 Mei 2026, siri Galaxy S26 ditawarkan dengan promosi menarik. Nikmati rebat sehingga RM400 untuk pembelian Galaxy S26 Series. Pelanggan juga boleh mendapat rebat sehingga RM400 apabila membuat pembelian menggunakan kad kredit atau debit CIMB, Maybank atau RHB yang layak. Selain itu, tebus sehingga RM400 melalui Samsung Rewards Points Booster.

Sehingga 31 Mei 2026, nikmati diskaun 10% untuk Galaxy Buds4 Series apabila membeli model terpilih Galaxy S dan Z Series. Ahli Samsung Members yang layak juga boleh menikmati diskaun eksklusif 10% melalui penebusan baucar dalam aplikasi Samsung Members, sama ada pembelian di kedai atau dalam talian.

Untuk ketenangan tambahan, jimat sehingga RM200 bagi pelan Samsung Care+ selama 3 tahun apabila membeli Galaxy S26 Series. Samsung Care+ menawarkan perlindungan menyeluruh termasuk pembaikan pantas untuk kerosakan tidak sengaja, jaminan lanjutan dan sokongan pakar bertauliah di dalam serta luar negara.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.