Samsung Galaxy S26 Series kini menyokong perkongsian fail AirDrop melalui QuickShare

Samsung telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan sokongan AirDrop pada Galaxy S26 Series, menjadikannya lebih mudah untuk pengguna berkongsi kandungan antara peranti menggunakan Quick Share.
Ciri ini akan mula diperkenalkan di Malaysia bermula 25 Mac 2026. Sokongan AirDrop ini pada peringkat awal hanya tersedia untuk siri Galaxy S26, dengan peluasan ke peranti lain akan diumumkan pada masa akan datang.
Penawaran sokongan perkongsian fail dengan peranti iOS melalui ciri QuickShare ini tiba selepas Google Pixel 10 series juga menawarkan ciri yang sama beberapa bulan lalu.
Ciri Quick Share pada Android kini boleh kongsi fail terus ke iPhone
Sehingga 3 Mei 2026, Galaxy S26 Series kini ditawarkan dengan pelbagai promosi menarik. Pelanggan boleh menikmati rebat sehingga RM800 apabila membuat pembelian menggunakan kad kredit atau debit CIMB, Maybank atau RHB yang layak. Selain itu, pelanggan juga boleh menebus sehingga RM400 melalui Samsung Rewards Points Booster untuk pembelian mereka!
Untuk ketenangan tambahan, jimat sehingga RM200 bagi pelan Samsung Care+ selama 3 tahun apabila anda membeli siri Galaxy S26. Samsung Care+ menawarkan perlindungan menyeluruh yang melindungi nilai peranti, termasuk pembaikan pantas untuk kerosakan tidak sengaja, jaminan lanjutan, serta sokongan pakar bertauliah yang tersedia di dalam dan luar negara.
Dapatkan Samsung Galaxy S26 Series di : https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-s26-series/


