Lebih Selamat di Tempat Awam dengan Privacy Display Samsung Galaxy S26 Ultra

Dalam era digital hari ini, privasi bukan lagi satu pilihan—ia satu keperluan. Dengan penggunaan telefon pintar yang semakin meluas untuk urusan harian, daripada mesej peribadi hingga transaksi kewangan, risiko pendedahan maklumat kepada orang sekeliling juga semakin tinggi.
Menyedari keperluan ini, Samsung Galaxy S26 Ultra tampil dengan inovasi paparan yang bukan sahaja menawan dari segi visual, tetapi turut menitikberatkan aspek keselamatan pengguna.
Privacy Display pada Galaxy S26 Ultra ialah satu bentuk perlindungan peribadi baharu yang terbina dalam peranti, membolehkan anda mengawal tahap keterlihatan kandungan pada skrin. Apabila diaktifkan, paparan kekal jelas untuk pengguna, sambil mengehadkan apa yang boleh dilihat oleh orang lain dari sudut sisi — sesuai digunakan ketika anda dalam perjalanan atau berada di tempat awam.
Selain itu, teknologi Privacy Display pada Galaxy S26 Ultra menggunakan teknologi Black Matrix (BM) untuk menghadkan sudut tontonan kepada anda sahaja. Privacy Display berfungsi dengan memadamkan Wide Pixel pada skrin yang dan hanya Narrow Pixel sahaja yang memancarkan cahaya. Ini menyebabkan skrin kelihatan gelap atau hitam kepada orang di sekeliling, sekali gus meningkatkan keselamatan paparan tanpa mengurangkan kualiti skrin seperti penggunaan pelindung skrin privasi fizikal.
Lebih menarik Privacy Display pada Galaxy S26 Ultra ini boleh dipra-tetap untuk berfungsi pada aplikasi tertentu sahaja seperti aplikasi perbankan, pop-up notification, memasukkan kata laluan atau nyahkunci peranti sekaligus memberikan anda kebebasan untuk menetapkan apa yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat oleh orang disekeliling anda.
Secara keseluruhan, Privacy Display pada Samsung Galaxy S26 Ultra hadir dengan lapisan yang diintegrasikan dalam paparan, direka untuk mengehadkan pandangan dari sisi sambil mengekalkan kejelasan dan kecerahan tanpa perlu menggunakan pelindung skrin privasi jenis tampal (aftermarket).
Sehingga 3 Mei 2026, Galaxy S26 Series kini ditawarkan dengan pelbagai promosi menarik. Pelanggan boleh menikmati rebat sehingga RM800 apabila membuat pembelian menggunakan kad kredit atau debit CIMB, Maybank atau RHB yang layak. Selain itu, pelanggan juga boleh menebus sehingga RM400 melalui Samsung Rewards Points Booster untuk pembelian mereka!
Untuk ketenangan tambahan, jimat sehingga RM200 bagi pelan Samsung Care+ selama 3 tahun apabila anda membeli siri Galaxy S26. Samsung Care+ menawarkan perlindungan menyeluruh yang melindungi nilai peranti, termasuk pembaikan pantas untuk kerosakan tidak sengaja, jaminan lanjutan, serta sokongan pakar bertauliah yang tersedia di dalam dan luar negara.





