Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra – Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 1

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 2

Pengenalan

Selepas pelancaran telefon pintar Galaxy yang pertama dengan Galaxy AI dua tahun lalu (Galaxy S24 Series), Samsung kini telah memperkenalkan Galaxy S26 Series yang diangkat sebagai sebuah telefon pintar AI yang paling senang untuk digunakan.

Dengan Galaxy S26 Series, Samsung meneruskan legasi inovasi AI mudah alihnya untuk memberikan pengalaman yang lebih pintar dan lancar. Teras kepada evolusi ini ialah AI berasaskan agen (agentic AI).

Untuk itu, Samsung telah memacu inovasi pada peringkat platform yang lebih peribadi, adaptif dan berasaskan agen. Untuk menjadikan AI benar-benar intuitif, ia perlu memahami konteks — dan telefon pintar berada pada kedudukan unik untuk memberikan pengalaman tersebut.

Selain itu, Personal Data Engine (PDE) pada Galaxy S26 Series mempelajari keutamaan pengguna secara terus di dalam peranti, manakala Knox Enhanced Encrypted Protection (KEEP) melindungi serta mengasingkan data dalam setiap aplikasi secara selamat. Pada masa yang sama, Samsung Knox Vault menambah lapisan keselamatan tambahan dengan melindungi maklumat sensitif — termasuk kata laluan, kunci keselamatan dan data biometrik — dalam persekitaran hardware khas yang berasingan.

Jika anda telah menyaksikan Samsung Unpacked 2026, anda pasti sedar bahawa tumpuan utama pada Galaxy S26 Series adalah AI namun syarikat ini turut membawa beberapa ciri yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar terutamanya pada model Galaxy S26 Ultra.

Pada ulasan Galaxy S26 Ultra ini kita akan memberikan anda pemahaman yang lebih mendalam tentang ciri-ciri AI yang ada selain penambahan baharu yang disertakan.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 3

Reka Bentuk

Samsung dilihat memfokuskan kepada untuk terus memperhalusi identiti reka bentuk siri Ultra melalui Galaxy S26 Ultra, dengan pendekatan yang lebih minimalis, premium dan ergonomik.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 4
Galaxy S26 Ultra vs Galaxy S26+ vs Galaxy S26

Walaupun masih mengekalkan DNA reka bentuk siri generasi Galaxy sebelum ini, Galaxy S26 Ultra kini tampil dengan rekaan sama seperti model Galaxy S26 yang lain membolehkan penampilan yang seragam merentasi semua model Galaxy S26. Ini bermaksud tiada lagi identiti berasingan bagi S26 Ultra yang kebiasaanya lebih ‘boxy’.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 5

Jika tahun 2025, Samsung beralih kepada penggunaan Titanium, Galaxy S26 Ultra menyaksikan penggunaan semula aluminium (Armour Aluminium 2) sebagai bahan pembuatan utama dan ini secara tidak langsung menjadikanya lebih ringan (214gram) dan nipis (7.9mm) serta sifat pelesapan haba yang lebih baik.

Selain itu, modul kamera Galaxy S26 Ultra kini memiliki satu island yang diperbuat daripada gelas yang menempatkan kesemua sensor telefon pintar ini.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 6

Dari segi warna, tahun ini S26 Series tampil dengan warna yang lebih lembut seperti warna Sky Blue, Cobalt Violet, White dan Black serta dua warna eksklusif Samsung iaitu Pink Gold dan Silver Shadow.

Seterusnya, Galaxy S26 Ultra juga memiliki penarafan kalis air dan debu IP68. Panel belakang Galaxy S26 Ultra dilapisi gelas Gorilla Glass Victus 2 manakala panel skrin hadapan tampil dengan lapisan gelas Gorilla Armor 2.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 7

Secara keseluruhan, rekaan Samsung Galaxy S26 Ultra boleh dikatakan tidak menawarkan peralihan yang drastik dari generasi sebelum ini namun model kali ini dilihat lebih selesa untuk dipegang dan digunakan.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 8

Skrin Paparan

Samsung Galaxy S26 Ultra hadir dengan skrin paparan berukuran 6.9-inci yang mana ianya adalah panel Dynamic AMOLED 2x yang memiliki resolusi QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan Vision Booster. Galaxy S26 Ultra juga hadir ciri ProScaler yang meningkatkan kualiti imej sehingga 40% untuk menjadikan setiap imej dan video lebih vivid berbanding pada generasi Galaxy sebelum ini.

Seterusnya, ciri ProScaler ini secara asasnya meningkatkan resolusi dan kejelasan sesuatu gambar atau video ke tahap yang lebih tinggi dimana ketepatan pemprosesan ‘color depth’ pada paparan meningkat sehingga 4 kali ganda, menggunakan enjin Digital Natural Image (mDNIe) yang canggih bagi memastikan anda melihat warna dan gradasi seperti yang dihasilkan oleh pencipta kandungan.

Selain itu, ProScaler juga meningkatkan perincian imej melalui penambahbaikan pemprosesan berasaskan AI, sekali gus menghasilkan gambar yang lebih jelas dan tajam.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 9

Dalam pada itu, melindungi panel skrin ini daripada senario harian adalah panel gelas keselamatan terbaik daripada Corning iaitu Gorilla Glass Armor 2. Gorilla Glass Armor 2 hadir dengan ketahanan yang lebih baik dimana ianya adalah 29% lebih kalis retakan  dan dilihat masih mampu mengekalkan intergriti skrin walaupun selepas jatuh dari ketinggian 2.2 meter.

Lebih lanjut, Samsung juga mendakwa penggunaan Armor 2 juga dilihat memberikan perlindungan lebih baik kepada paparan dimana kerosakan skrin dalaman adalah 60% lebih rendah berbanding sebelum ini.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 10

Seterusnya, Samsung menawarkan pelbagai tetapan skrin seperti kadar segar semula yang mempunyai dua pilihan iaitu Adaptive (1~120Hz) dan Standard (60Hz), mod Eye Comfort Shield untuk skrin yang lebih ‘mesra’ pada mata, tetapan resolusi skrin ( HD+, FHD+ atau QHD+).

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 11

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 12

Buat pertama kali dipasaran telefon pintar, Samsung telah memperkenalkan satu inovasi baharu yang pasti membuka mata pengeluar lain iaitu Privacy Display.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 13

Teknologi Privacy Display pada Galaxy S26 Ultra menggunakan teknologi Black Matrix (BM) untuk menghadkan sudut tontonan kepada anda sahaja. Privacy Display berfungsi dengan memadamkan Wide Pixel pada skrin yang dan hanya Narrow Pixel sahaja yang memancarkan cahaya. Ini menyebabkan skrin kelihatan gelap atau hitam kepada orang di sekeliling, sekali gus meningkatkan keselamatan paparan tanpa mengurangkan kualiti skrin seperti penggunaan pelindung skrin privasi fizikal.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 14

Lebih menarik Privacy Display pada Galaxy S26 Ultra ini boleh dipra-tetap untuk berfungsi pada aplikasi tertentu sahaja seperti aplikasi perbankan, pop-up notification, memasukkan kata laluan atau nyahkunci peranti sekaligus memberikan anda kebebasan untuk menetapkan apa yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat oleh orang disekeliling anda.

Memandangkan Privacy Display pada Galaxy S26 Ultra adalah satu teknologi baharu, ianya boleh dikatakan masih belum sempurna kerana kecerahan skrin dilihat sedikit terjejas namun ianya boleh dikatakan sesuatu yang dijangka kerana pancaran cahaya dari Wide Pixel telah dipadamkan.

Secara keseluruhanya, Samsung sekali lagi telah membuktikan bahawa ianya masih kekal sebagai penetap standard baharu didalam teknologi paparan dan Privacy Display adalah satu lagi kemajuan yang mungkin menjadi ikutan pengeluar lain pada masa hadapan.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 15

Pemproses

Samsung Galaxy S26 Ultra sekali membawakan cipset flagship terbaik dipasaran iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy dan merupakan satu-satunya model didalam keluarga Galaxy S26 yang menggunakan cipset ini di Malaysia. (Galaxy S26 dan Galaxy S26+ guna Exynos 2600).

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 16

Selain itu,  Galaxy S26 Ultra menawarkan prestasi paling berkuasa dalam siri Galaxy S setakat ini dengan peningkatan ketara pada CPU, GPU dan NPU bagi memberikan pengalaman yang lebih pantas dan lancar, memastikan peranti mampu mengikuti penggunaan sepanjang hari.

Bercakap mengenai tahap peningkatan yang ditawarkan oleh Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy ini, ianya menawarkan peningkatan prestasi CPU sebanyak 19%, diikuti prestasi GPU yang meningkatkan sebanyak 24% manakala prestasi NPU meningkat sebanyak 39%.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 17

Bersama Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy, Galaxy S26 Ultra juga hadir dengan reka bentuk Vapor Chamber baharu yang membolehkan haba  dilepaskan dengan lebih pantas dan efisien berbanding sebelum ini. Penggunaan thermal interface material (TIM) yang direka khas pada S26 Ultra membolehkan sistem penyejukan ini menawarkan peningkatan prestasi terma sehingga 21% lebih baik.

Selain itu, permainan yang dioptimumkan untuk Vulkan juga mampu memaparkan pencahayaan dan bayang dengan lebih efektif, manakala ray tracing menghasilkan imej 3D dengan warna serta pantulan yang lebih realistik  semuanya dipertingkatkan lagi oleh kuasa pemproses Snapdragon yang disesuaikan khas untuk Galaxy.

Dari segi memori dan storan, Galaxy S26 Ultra hadir dengan 12GB RAM yang ditawarkan bersama storan 256GB dan 512GB manakala versi 1TB hadir dengan 16GG RAM serta tidak lupa ciri RAM Plus.

AI adalah tumpuan kita yang seterusnya dan Samsung berazam untuk menawarkan generasi ketiga telefon pintar AI ini lebih mudah digunakan dan berguna untuk semua situasi.

Galaxy AI: AI Intuitif untuk Semua

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 18

Galaxy AI menjadi antara tarikan utama pada siri Galaxy S26, dengan menggabungkan kesedaran konteks yang dipertingkatkan bersama cadangan proaktif bagi memudahkan tugasan harian.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 19

Ciri baharu Now Nudge membantu mengurangkan keperluan untuk bertukar-tukar aplikasi dengan memaparkan maklumat yang relevan mengikut konteks. Contohnya, apabila rakan bertanya tentang rancangan pada waktu malam melalui aplikasi mesej, Galaxy AI akan menyemak kalendar, mengesan sebarang pertindihan jadual dan memaparkan pop-up “Nudge” yang disesuaikan untuk membantu pengguna membuat keputusan dengan lebih pantas.

Now Nudge boleh digunakan pada beberapa aplikasi mesej yang terpilih seperti Samsung Messages, Google Messages, Google Chat, KakaoTalk, LINE, Signal, Tango, NTT Docomo Messages, dan KDDI Messages dengan bahasa yang disokong adalah Inggeris, Portugis, Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali, Cina, Jepun, Korea, Thai, Poland, Vietnam dan Hindi.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 20

Sejak pertama kali diperkenalkan pada siri Galaxy S24, ciri Circle to Search menjadi kegemaran ramai pengguna dan ianya kini telah dipertingkatkan untuk menyokong carian pelbagai elemen. Sebagai contoh, apabila pengguna melingkari pakaian yang dipakai oleh seorang selebriti, sistem akan memaparkan pilihan pakaian yang dikurasi bagi membantu anda meniru gaya tersebut.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 21

Dalam pada itu, Galaxy S26 Series juga memperluaskan ekosistem AI dengan integrasi Bixby, Gemini dan Perplexity. Contohnya, pengguna boleh menggunakan arahan bahasa semula jadi untuk melaraskan tetapan, membolehkan mereka mengawal peranti dengan mudah walaupun tanpa mengetahui nama tetapan atau arahan yang tepat. Jika pengguna berkata “Mata saya terasa letih”, Bixby akan mencadangkan untuk mengaktifkan Eye Comfort Shield, sekali gus menghapuskan keperluan untuk menavigasi menu dengan bahasa yang kompleks.

Gabungan ejen AI ini mampu memahami niat dan konteks pengguna, membantu memudahkan rutin harian, mengurangkan langkah penggunaan serta memberikan pengalaman mudah alih yang lebih lancar dan efisien.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 22

Call Screening

Ciri Call Screening pada Galaxy S26 Ultra membolehkan Call Assistant menjawab panggilan bagi pihak anda dan bertanya kepada pemanggil siapa mereka serta tujuan mereka menelefon. Anda boleh melihat perbualan antara pemanggil dan AI dipaparkan pada skrin walaupun anda tidak menjawab panggilan tersebut. Anda juga boleh menjawab panggilan pada bila-bila masa atau menukar kepada Text Call.

Apabila fungsi Auto Screen Calls diaktifkan, panggilan yang disyaki sebagai spam, phishing atau daripada nombor yang tidak dikenali akan ditapis secara automatik.

Cara menjawab panggilan menggunakan Call Screening

Apabila panggilan masuk, tekan Call Assist. ciri ini akan menjawab panggilan bagi pihak anda untuk mengetahui siapa yang menelefon dan tujuan panggilan tersebut. Setelah maklumat pemanggil dipaparkan, anda boleh memilih untuk mengambil alih panggilan itu sendiri.

Ciri ini boleh menjawab panggilan didalam bahaasa Bahasa Inggeris, Portugis, Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali, Cina, Jepun, Korea, Thai, Poland, Vietnam, dan Hindi.

Berikut adalah panduan lengkap untuk mengaktifkan Call Screening

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 23

Selain daripada beberapa ciri baharu Galaxy AI seperti diatas, Galaxy S26 Ultra juga hadir dengan ciri Galaxy AI yang popular yang telah ditambahbaik seperti Live Translate, Chat Assist , Note Assist dalam Samsung Notes dan Transcript Assist.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 24

Kamera

Samsung Galaxy S26 Ultra meneruskan reputasi siri Ultra sebagai antara telefon pintar dengan sistem kamera paling berkuasa di pasaran. Samsung memfokuskan kepada gabungan perkakasan kamera yang canggih bersama pemprosesan imej berasaskan AI yang menggabungkan proses merakam, mengedit dan berkongsi secara lancar dalam satu aliran kerja yang intuitif.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 25

Nightography Video pula memastikan rakaman kekal terang dan bernyawa walaupun dalam keadaan cahaya rendah, Rakaman video Super Steady kini hadir dengan dengan Horizontal Lock yang mana ianya menggabungkan sudut optik yang diperluas dengan sensor giroskop dan acceleration untuk mengenal pasti arah graviti serta memastikan rakaman anda sentiasa seimbang, walaupun anda atau telefon pintar anda berputar sehingga 360° (resolusi adalah pada 1440p).

Selain itu, proses penyuntingan juga menjadi lebih mudah dan mudah. Dengan Photo Assist yang dipertingkatkan, pengguna boleh memperhalusi imej dan menzahirkan kreativiti mereka hanya dengan menerangkan apa yang diinginkan menggunakan kata-kata semualajadi. Pada masa yang sama, Creative Studio membolehkan pengguna menukar idea mereka kepada visual yang lebih kemas dengan mudah — daripada pelekat dan jemputan hinggalah kepada wallpaper yang diperibadikan.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 26

Samsung Galaxy S26 Ultra ini memiliki sensor utama 200MP yang merupakan sensor HP2 yang pertama kali digunakan pada Galaxy S23 Ultra namun aperture sensor ini adalah lebih cerah iaiu f/1.4 berbanding f/1.7 pada Galaxy S25 Ultra pada lensa 23mm.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 27

Seterusnya, Galaxy S26 Ultra turut hadir dengan sensor ultrawide 50MP Samsung ISOCELL JN3  iaitu sensor 50MP Tetrapixel (Quad Bayer).

Dalam pada itu, Galaxy S26 Ultra juga hadir dengan sensor telefoto 50MP yang menggunakan teknologi All Lenses on Prism (ALoP) yang menjadikanya lebih kompak (22% lebih pendek) dan menawarkan aperture yang lebih cerah iaitu f/2.9 sekaligus menyerap 37% lebih banyak cahaya berbanding sensor telefoto periskop yang digunakan pada S25 Ultra. Sensor telefoto 3x pula adalah sensor 10MP namun ianya kelihatan sebagai sensor yang lebih kecil dan ini mungkin berkait dengan rekaan telefon pintar yang lebih kecil.

Akhir sekali, sensor selfie pada Samsung Galaxy S26 Ultra adalah sensor 12MP yang terbukti kehebatanya (pada generasi sebelum ini) dan sensor ini juga memiliki kanta yang lebih lebar iaitu 23mm. Ianya juga dikuasakan oleh AI ISP (Image Signal Processor) untuk  perincian dan ketepatan warna yang lebih tinggi.

Selain pengambilan gambar, Galaxy S26 Ultra juga memperluaskan lagi kemungkinan kreatif. Dikuasakan oleh Galaxy AI, ia menyediakan persekitaran yang intuitif yang mampu menukar idea menjadi realiti dalam masa yang singkat.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 50 ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 51

Photo Assist yang dipertingkatkan kini lebih berkuasa, anda bukan hanya mampu membuang objek yang tidak diingini, malah boleh menambah elemen baharu secara semula jadi. Contohnya, apabila diminta untuk memulihkan kek yang telah digigit, AI boleh membinanya semula dengan lancar seolah-olah tidak pernah disentuh. Ciri ini juga boleh menukar suasana siang kepada malam atau melaraskan butiran pakaian agar sepadan dengan mood gambar, sekali gus menjadikan proses penyuntingan lebih pantas dan mudah.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 52 ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 53

Dalam pada itu pada Creative Studio pula, foto yang telah disunting boleh ditukar menjadi kandungan yang lebih kemas dan menarik. Pengguna hanya perlu menaip arahan seperti “add an F1 car” untuk menjana gambar seperti yang anda mahu.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 54

Ianya turut menawarkan set pelekat berdasarkan konteks, yang sedia digunakan dalam mesej atau ketika menyunting gambar. Ciri ini juga menyokong penciptaan jemputan, kad profil dan wallpaper, sekali gus memperluaskan lagi kemungkinan kreativiti dalam penggunaan harian pada masa akan datang.

Dari segi kualiti gambar, sensor utama kamera Galaxy S26 Ultra memberikan hasil gambar yang sangat baik dengan imej yang kelihatan lebih seperti semulajadi terutamanya pada imej manusia. Selain itu, sensor ini juga boleh digunakan untuk mengambil gambar 50MP yang beresolusi tinggi dengan ketelitian tinggi pada gambar.

Seterusnya, hasil gambar dari sensor telefoto 3x boleh dikatakan konsisten seperti pada generasi sebelum ini walaupun dilaporkan bahawa sensor yang digunakan adalah lebih kecil. Dari segi kualiti, imej yang terhasil dari sensor ini adalah memuaskan.

Dalam pada itu, sensor telefoto 5x pula memberikan hasil gambar yang lebih baik berbanding sensor telefoto 3x namun tidak banyak perbezaan dari segi kualiti imej berbanding generasi sebelum ini. Ianya juga lebih sesuai untuk digunakan bagi fotografi potret dengan tona kulit juga lebih semulajadi.

Selain itu, ketika dizoom ke tahap 10x, hasil gambar masih sama tanpa terlalu banyak perbezaan dengan imej yang terhasil berada pada kategori baik dan ia juga boleh digunakan untuk kualiti imej pada tahap 30x zoom.

Akhir sekali, sensor ultrawide 50MP yang digunakan ternyata memberikan hasil gambar yang sangat baik dengan terdapat beberapa ketika dimana gambar yang diambil adalah lebih ‘tajam’ berbanding Galaxy S25 Ultra.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 55

Bateri 

Samsung Galaxy S26 Ultra hadir dengan kapasiti bateri yang sama seperti pada Galaxy S25 Ultra dan adalah dijangkakan bahawa jangka hayat bateri berada pada tahap yang sama.

Walaubagaimana, Samsung berjaya meningkatkan sedikit jangka hayat bateri khususnya dengan penambahbaikan dari segi perisian serta cipset.

Satu upgrade yang dibawa oleh Galaxy S26 Ultra adalah teknologi Super Fast Charging 3.0 yang kini menyokong pengecasan pada kadar 60W yang didakwa mampu memberikan 75% pengecasan selepas 30 minit pengecasan manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 43 minit.

Ini menjadikan Galaxy S26 Ultra sebagai antara telefon pintar dengan kadar pengecasan terpantas pada kelas ini namun kapasiti bateri adalah lebih kecil (kecuali iPhone 17 Pro Max).

Seterusnya, pengecasan pantas tanpa wayar kini berada pada tahap 25W melalui standard Qi v.2.2 namun tiada magnet terbina pada peranti yang bermaksud output ini hanya boleh dicapai jika anda menggunakan casing magnetik.

Akhir sekali , pengecasan berbalik Wireless Power Share masih kekal pada kadar 4.5W.

ULASAN : Samsung Galaxy S26 Ultra - Flagship AI Baharu dengan Agentic AI dan Paparan Privasi Pintar 56

Penutup

Sebagai kesimpulan, Samsung Galaxy S26 Ultra membuktikan bahawa evolusi sebuah telefon pintar tidak semestinya hanya tentang spesifikasi yang lebih tinggi, tetapi bagaimana teknologi itu menjadikan pengalaman harian lebih mudah dan lebih kreatif. Daripada kemampuan kameranya yang semakin canggih hinggalah integrasi AI yang membantu dalam pelbagai situasi, peranti ini memberi kebebasan kepada pengguna untuk merakam, mengedit dan berkongsi dengan lebih pantas.

Bagi mereka yang mahukan telefon flagship yang serba boleh sama ada untuk fotografi, kerja harian atau hiburan Galaxy S26 Ultra jelas menawarkan satu pakej yang lengkap dan matang. Ia mungkin bukan sekadar telefon pintar baharu, tetapi satu gambaran ke mana  masa depan telefon pintar bergerak dengan Agentic AI.

Akhir kata, Samsung Galaxy S26 Ultra membuktikan bahawa siri Ultra masih kekal sebagai penanda aras dalam dunia telefon pintar flagship.

Samsung Galaxy S26 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 5,999 dan anda boleh mendapatkanya di Samsung Experince Store, Samsung Online Store dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.