Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sambungan HONOR Cross-OS memecah dinding ekosistem dengan iPhone, iPad dan Mac

Sambungan HONOR Cross-OS memecah dinding ekosistem dengan iPhone, iPad dan Mac 1

Sambungan HONOR Cross-OS memecah dinding ekosistem dengan iPhone, iPad dan Mac 2

HONOR telah memperluaskan ekosistem peranti AI mereka dengan menjadi jenama telefon pintar pertama yang membolehkan sambungan rentas sistem operasi (cross-OS) secara terus dan lancar antara peranti flagship terbaharu mereka dengan perkakasan iPhone, iPad dan Mac. Ciri ini telah diperkenalkan di Mobile World Congress (MWC) 2026, integrasi ini mentakrif semula produktiviti dengan merapatkan jurang antara ekosistem HONOR dan Apple.

Menerajui lonjakan teknologi ini ialah trio flagship berkuasa: HONOR Magic V6, MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14 (2026). Ketiga-tiga peranti ini memperkenalkan HONOR AI Connect, pendekatan universal untuk interaksi merentas platform yang menghapuskan keperluan menghantar lampiran e-mel atau menggunakan aplikasi sosial hanya untuk memindahkan fail antara sistem operasi berbeza.

Berakhirnya  ‘Ecosystem Walls’

HONOR memperjuangkan pengalaman digital tanpa sempadan melalui protokol HONOR Share yang dipertingkatkan, di mana pengguna kini boleh memindahkan media beresolusi tinggi dan dokumen kompleks antara peranti HONOR dan Apple dengan lancar.

Suite kemas kini ini turut memperkenalkan ciri bernilai tinggi yang direka khas untuk pencipta kandungan, profesional dan pelajar.

Sambungan HONOR Cross-OS memecah dinding ekosistem dengan iPhone, iPad dan Mac 3

HONOR Magic V6 dan Mac: OneTap Transfer

Sebagai satu-satunya jenama telefon pintar yang kini mampu melakukan OneTap Transfer secara terus dengan Mac, HONOR Magic V6 membolehkan pengguna menghantar foto, video dan dokumen ke desktop mereka dengan serta-merta. Selain perkongsian fail biasa, antara muka telefon lipat ini juga boleh dicerminkan terus ke skrin Mac, membolehkan multitasking mudah alih ke desktop secara lancar.

Dalam situasi kerja biasa, fail penting seperti slaid pembentangan atau laporan selalunya diterima terlebih dahulu pada telefon pintar melalui platform pemesejan. Dengan OneTap Transfer, pengguna boleh memindahkan dokumen tersebut dengan segera dari HONOR Magic V6 ke MacBook untuk suntingan atau semakan pada skrin yang lebih besar, tanpa perlu menggunakan e-mel atau memuat naik ke awan, sekali gus memastikan kerja dapat diteruskan tanpa gangguan.

HONOR MagicPad 4: Rakan Kreatif Terbaik

HONOR MagicPad 4 berubah menjadi hab produksi serba boleh, membolehkan pengguna menarik fail terus daripada iPhone untuk suntingan mudah alih atau menggunakan tablet tersebut sebagai paparan lanjutan tanpa wayar untuk Mac. Penyunting video dan pereka boleh bekerja di MacBook sambil melihat pratonton suntingan secara masa nyata di MagicPad 4, mewujudkan susunan multi-skrin yang lancar tanpa memerlukan adapter atau kabel tambahan.

Sebagai contoh, pencipta kandungan yang menyunting foto atau video di MacBook boleh menggunakan HONOR MagicPad 4 sebagai skrin kedua untuk melihat hasil akhir sambil membuat pelarasan pada skrin utama. Aliran kerja dua skrin ini memberikan ketepatan dan kemudahan yang lebih tinggi, terutamanya ketika menilai kandungan visual atau pembentangan.

Sambungan HONOR Cross-OS memecah dinding ekosistem dengan iPhone, iPad dan Mac 4

HONOR MagicBook Pro 14: Kolaborasi Berpusat

HONOR MagicBook Pro 14 edisi 2026 memudahkan perkongsian merentas platform dengan HONOR Share, membolehkan pengguna menghantar fail pembentangan, imej resolusi tinggi atau dokumen ke iPhone atau iPad hanya dengan satu klik. Ini menghapuskan keperluan menggunakan pelbagai aplikasi atau menukar format fail, sekali gus membolehkan kerjasama segera dengan rakan sekerja, klien atau rakan sekelas. Bagi profesional, ini memastikan aliran kerja kekal lancar, cekap dan tanpa gangguan.

Dalam suasana bilik darjah atau mesyuarat di mana ramai peserta menggunakan peranti Apple, pembentang yang menggunakan HONOR MagicBook Pro 14 boleh berkongsi slaid, dokumen atau bahan rujukan secara terus ke iPhone atau iPad peserta. Ini menjadikan perkongsian maklumat lebih pantas dan lancar, memastikan perbincangan dan sesi pembelajaran dapat diteruskan tanpa halangan teknikal.

Evolusi rentas sistem operasi ini bukan sekadar fungsi tambahan; ia mewakili perubahan asas dalam cara pengguna berinteraksi dengan teknologi. Seorang jurugambar boleh merakam detik menggunakan HONOR Magic V6, memindahkannya serta-merta ke Mac untuk suntingan profesional, dan menggunakan MagicPad 4 sebagai galeri kedua dalam beberapa saat sahaja. Dengan merapatkan jurang antara Android dan Apple, flagship terbaharu HONOR bukan lagi sekadar peranti berkuasa secara individu, tetapi menjadi penghubung penting dalam landskap digital moden, membolehkan pengguna bekerja, berkarya dan berkolaborasi tanpa batas.

Sambungan HONOR Cross-OS memecah dinding ekosistem dengan iPhone, iPad dan Mac 5

Nantikan! Trio Flagship Bakal Tiba di Malaysia

HONOR Magic V6, MagicPad 4 dan MagicBook Pro 14 (2026) akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Pengguna boleh menantikan pengalaman sambungan merentas platform yang lancar antara peranti HONOR dan Apple, sekali gus membolehkan aliran kerja yang lebih mudah dan produktif merentas telefon pintar, tablet dan komputer riba.

Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari www.honor.com/my/.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.