ULASAN : vivo V70 – V Series paling premium pernah dilancarkan
Pengenalan
Pasaran telefon pintar kelas pertengahan terus menjadi medan persaingan sengit dengan pelbagai jenama menawarkan telefon pintar yang memiliki gabungan prestasi, kamera dan reka bentuk yang semakin canggih. Melalui pelancaran vivo V70, vivo cuba terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen ini dengan menampilkan fokus yang jelas terhadap keupayaan fotografi serta pengalaman penggunaan yang lebih menyeluruh.
vivo V70 hadir dengan beberapa peningkatan menarik termasuk sistem kamera yang dibangunkan bersama ZEISS, keupayaan rakaman video yang lebih mantap serta pelbagai fungsi berasaskan AI yang membantu meningkatkan pengalaman fotografi dan penyuntingan. Pada masa yang sama, reka bentuknya juga diberi perhatian dengan penggunaan bahan premium serta kemasan yang lebih moden.
Dalam ulasan ini, kita akan melihat dengan lebih dekat bagaimana vivo V70 berfungsi dalam penggunaan harian, merangkumi aspek reka bentuk, paparan, prestasi, kamera dan juga ketahanan bateri untuk menentukan sama ada ia benar-benar mampu menonjol dalam kategori telefon pintar kelas pertengahan yang semakin kompetitif.
Berikut adalah ulasan vivo V70 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,999.
Reka Bentuk
Reka bentuk vivo V70 memperlihatkan pendekatan vivo mahu memberikan V Series terbaru ini penampilan yang lebih premium berbanding generasi sebelumnya, dengan fokus kepada kemasan bahan serta estetika yang lebih moden. Peranti ini menggunakan rangka logam gred aeroangkasa (aluminium series 6) , yang bukan sahaja meningkatkan ketahanan, malah memberikan rasa lebih kukuh ketika dipegang.
Bahagian hadapan menampilkan skrin rata dengan sudut bulat besar yang lebih kemas dan seimbang. Bezel di sekeliling skrin juga sangat nipis, sekitar 1.25 mm pada setiap sisi, sekali gus membantu menghasilkan pengalaman visual yang lebih imersif. Pada masa yang sama, vivo V70 juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP68 & IP69 serta 10-Facet Drop Resistance yang berupaya menyerap hentakan dan jatuhan dalam penggunaan harian.
Di bahagian belakang, vivo tampil dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada “Sunset Glow”, menghasilkan kemasan yang mempunyai kilauan seakan logam serta tekstur yang lebih premium. Modul kamera pula tampil dengan kemasan metalik gaya flagship dengan ketebalan hanya 3.29mm sekaligus memberikan identiti visual yang lebih menonjol dan premium.
Bercakap mengenai pilihan warna, vivo V70 hadir dalam tiga warna iaitu Golden Hour, Alpine Gray, dan Authentic Black, masing-masing menawarkan gaya yang berbeza sama ada untuk pengguna yang mahukan penampilan lebih elegan atau minimal.
Secara keseluruhan, reka bentuk vivo V70 boleh menawarkan peningkatan ketara dari segi penampilan dan tekstur, menjadikannya kelihatan lebih hampir kepada kelas flagship dan mungkin boleh di letakkan sebagai model midrange yang mempunyai rekaan yang paling premium dipasaran.
Skrin Paparan
vivo V70 hadir dengan skrin paparan berukuran 6.59-inci yang merupakan panel OLED (1.07 bilion warna) dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 1.5K dan kecerahan maksima mencecah 5,000nits.
Selain itu, vivo V70 juga hadir dengan sensor capjari ultrasonic 2.0 yang boleh dinyahkunci dengan pantas melalui satu sentuhan sahaja, walaupun tangan basah atau kotor.
Bercakap mengenai kadar segar semula, anda boleh menetapkan tiga tetapan kadar segar semula iaitu Smart Adaptation yang berubah mengikut kandungan pada skrin, Standard yang menawarkan kadar 60Hz sepanjang masa dan High yang menetapkan kadar 120Hz untuk operasi yang lebih lancar dan dinamik.
Dalam pada itu, seperti yang disebut pada bahagian reka bentuk bezel skrin vivo V70 ini adalah sangat nipis atau seolah tiada langsung dengan ukuran 1.25mm pada setiap sisi atas dan bawah.
Pemproses
Vivo V70 dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4, dibina menggunakan teknologi fabrikasi 4 nm, yang memastikan keseimbangan hebat antara prestasi dan kecekapan tenaga.
cip midrange Qualcomm ini memiliki CPU yang 27% lebih pantas dan GPU yang 30% lebih berkuasa, ia mampu mengendalikan permainan berintesif tinggi dan multitasking dengan mudah. Dengan sokongan sehingga 12GB + 12GB Extended RAM, anda boleh beralih antara lebih daripada 40 aplikasi serta menikmati gaming pada kadar bingkai tinggi dengan lancar.
Selain itu, vivo V70 juga dilengkapi sistem penyejukan Ultra Large VC Smart Cooling System 4200mm yang merupakan solusi termal yang terancang dan efektif. Dengan sistem ini, pengguna dapat menikmati prestasi tinggi dari cipset Snapdragon 7 Gen 4, terutama semasa bermain game berat atau penggunaan aplikasi berat, tanpa risau telefon pintar anda menjadi terlalu panas.
Seterusnya, vivo V60 juga dikuasakan dengan OriginOS 6 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri AI dan turut menawarkan jaminan 4 tahun kemaskini Android dan 6 tahun kemaskini keselamatan Google.
Pada vivo V70, vivo turut memperkenalkan ciri Origin Island yang berfungsi sebagai ruang notifikasi pintar di bahagian atas skrin. Ia memaparkan maklumat penting secara masa nyata dalam bentuk kapsul dinamik, seperti status bateri, rakaman suara, sambungan peranti audio, serta kemajuan aktiviti seperti penghantaran makanan atau muzik yang sedang dimainkan.
Selain itu, Origin Island juga menyokong fungsi Copy & Go dan Drag & Go, yang membolehkan pengguna menyalin atau menyeret teks, imej atau maklumat terus ke kawasan tersebut untuk membuka aplikasi berkaitan secara automatik. Contohnya, nombor telefon boleh terus dibuka dalam aplikasi panggilan, manakala imej boleh dikongsi dengan cepat ke aplikasi sosial.
Ciri ini turut menawarkan Suggestion Island, di mana sistem akan memberi cadangan pintar berdasarkan situasi penggunaan, seperti navigasi perjalanan harian atau maklumat mesyuarat. Secara keseluruhan, Origin Island membantu menjadikan interaksi dengan peranti lebih pantas dan praktikal tanpa perlu menukar aplikasi secara manual.
AI Search – Masalah mencari fail lama atau mesej yang terselindung kini selesai dengan AI Search. Berbeza dengan carian biasa, ia memahami bahasa natural. Anda tidak perlu ingat nama fail yang tepat; cukup sekadar menaip “laporan akademik bulan lepas” atau “tempahan hotel di Kuala Lumpur”, dan AI akan memaparkan dokumen tersebut dengan tepat.
AI Creation – Sama ada anda buntu mencari idea atau ingin memurnikan e-mel rasmi, AI Creation sedia membantu. Ciri ini bertindak sebagai editor peribadi yang boleh:
• Summarize: Memendekkan teks yang panjang.
• Polishing: Membaiki gaya bahasa agar lebih profesional.
• Templat Pintar: Membantu menghasilkan draf untuk artikel, nota mesyuarat, dan perkongsian kreatif dengan lebih efisien.
AI Captions
AI Captions bukan sekadar memaparkan sari kata, tetapi berfungsi sebagai pembantu mesyuarat yang lengkap:
- Transkripsi Real-Time: Menukar percakapan terus kepada teks supaya anda tidak perlu lagi menyalin nota secara manual.
- Terjemahan Langsung: Menyokong pelbagai bahasa (termasuk Melayu, Inggeris, dan Cina) untuk memudahkan komunikasi antarabangsa.
- Ringkasan Pintar: Selepas mesyuarat tamat, anda boleh menjana ringkasan (summary) tentang perkara penting yang dibincangkan dengan hanya satu klik.
One-Tap Transfer
Sebagai kesimpulan, vivo V70 menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih lengkap melalui gabungan OriginOS 6dan cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4. Antaramuka OriginOS 6 hadir dengan reka bentuk yang lebih moden serta pelbagai fungsi pintar seperti Origin Island dan ciri berasaskan AI yang membantu menjadikan penggunaan harian lebih pantas dan intuitif.
Kamera
vivo V70 hadir dengan sistem kamera yang lebih baik namun masih dengan kerjasama bersama ZEISS. Ianya membawakan gabungan perkakasan kamera berkuasa, mod kreatif dan sokongan AI.
vivo V70 hadir dengan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP ZEISS IMX766 dengan OIS, sensor telefoto periskop 50MP IMX882 dengan OIS dan 3x zoom optikal yang membolehkan rakaman subjek jauh dengan lebih terperinci, dan sehingga 100x zoom digital .
Selain itu, vivo V70 juga memiliki satu sensor ultrawide 8MP dan sensor 50MP ZEISS Group Selfie Camera yang mempunyai 92° FoV. vivo V70 juga membawakan sokongan rakaman video 4K pada kadar 60fps dengan Stage Mode serta ciri AI audio noise eraser.
ZEISS Portrait Styles – pilihan bokeh klasik seperti Sonnar 85mm atau Planar 100mm memberikan kesan potret ala kamera DSLR.
AI Travel Photography Companion
AI Magic Weather: Ubah Cuaca Mengikut Mood
Masalah cuaca buruk atau langit yang pudar kini bukan lagi penghalang. Dengan ciri ini, anda boleh mengubah suasana gambar secara drastik:
• Tukar Langit: Jika hari mendung, anda boleh menukarnya kepada Clear Sky (langit cerah) atau Twilight yang romantik.
• Pencahayaan Automatik: ia tidak sekadar menukar latar belakang, malah menyesuaikan tona cahaya pada subjek supaya nampak semula jadi dan tidak “berlapik”.
AI Magic Landscape: Tukar Tema Geografi Secara Instant
Ciri ini membolehkan anda mengubah “vibe” lokasi gambar anda dengan pelbagai tema menarik:
• Tema Island & Desert: Meningkatkan saturasi warna laut agar lebih jernih atau menambah kontras padang pasir yang dramatik.
• Tema Snow Town: Anda boleh menambah kesan salji segar pada bangunan bandar, malah AI ini mampu memberikan kesan ais pada struktur bangunan seolah-olah anda benar-benar berada di musim sejuk yang ekstrem.
• Ciri AI Editing – termasuk Object Eraser, Reflection Removal dan Magic Move untuk penyuntingan lebih mudah.
Bateri
vivo V70 hadir dengan bateri BlueVolt berkapasiti 6,500mAh dengan pengecasan pantas 90W FlashCharge yang mampu memberikan anda penggunaan yang lebih lama hasil kombinasi kapasiti bateri yang lebih besar dan cipset generasi baharu yang lebih cekap tenaga.
Selain itu, vivo V70 juga dilengkapi ciri Bypass Charging untuk membekalkan kuasa terus kepada papan induk utama yang pastinya berguna bagi pengguna yang aktif bermain permainan video.
Penutup
vivo V70 dilihat sebagai sebuah peranti kelas pertengahan premium yang sangat seimbang, terutamanya bagi anda yang mementingkan kualiti fotografi potret dan ketahanan bateri yang luar biasa. Kerjasama berterusan dengan ZEISS serta penggunaan bateri 6,500mAh dalam reka bentuk yang lebih premium menjadikan ia antara pilihan paling berbaloi dalam kategorinya untuk tahun 2026.
vivo V70 kini ditawarkan pada harga bermula dari :
• 8GB RAM + 256GB Storan: RM1,999
• 12GB RAM + 256GB Storan: RM2,199
• 12GB RAM + 512GB Storan: RM2,599






























