Early Collection bagi Samsung Galaxy S26 Series telah bermula

Keterujaan generasi baharu Galaxy S26 Series telah bermula apabila antara pembeli pertama di Malaysia tiba untuk mengambil Samsung Galaxy S26 Series yang baharu semasa fasa pengambilan awal pra-tempahan, sekali gus menjadi antara yang terawal merasai inovasi AI mudah alih terbaru Samsung sebelum pelancaran rasmi.
Mendahului barisan ialah pengguna setia Samsung, David L, 20, yang berkongsi keterujaannya terhadap ciri Privacy Display dan Horizontal Lock yang diperkenalkan pada Galaxy S26 Ultra semasa acara Galaxy Unpacked.
Pelanggan yang telah membuat pra-tempahan untuk Samsung Galaxy S26 Series boleh mula mengambil peranti mereka mulai 6 Mac di Samsung Experience Store di seluruh negara atau memilih penghantaran ke rumah — menikmati akses awal kepada generasi Galaxy seterusnya sebelum ia mula dijual secara rasmi di kedai. Bagi mereka yang masih belum membuat tempahan, orang ramai digalakkan untuk membuat pra-tempahan secepat mungkin bagi menikmati tawaran eksklusif dan menjadi antara yang terawal mencuba pengalaman Galaxy S26 Series.
Pra-tempah inovasi mudah alih terbaharu Samsung hari ini! Dari 26 Februari hingga 10 Mac 2026, nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,200, termasuk storan berganda, Samsung Rewards Points Booster, serta rebat segera RM700 dengan kad bank terpilih.
Anda juga boleh menjimatkan sehingga RM4,450 melalui program tukar beli Galaxy Forever, menikmati diskaun 30% untuk aksesori mudah alih terpilih, serta pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan melalui bank-bank yang mengambil bahagian.


