OPPO Find X9 Ultra disahkan akan dilancarkan untuk pasaran global lewat tahun ini
OPPO secara rasminya telah mengesahkan bahawa peranti flagship generasi baharunya iaitu OPPO Find X9 Ultra, akan membuat debut globalnya lewat tahun ini.
Dengan Find X9 Ultra, platform Ultra OPPO akan diperluaskan ke luar China buat kali pertama, sekali gus menegaskan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pasaran global.
OPPO Find X9 Ultra mengintegrasikan sistem pengimejan paling canggih yang pernah dibangunkan OPPO untuk sebuah telefon pintar. Peranti ini menggabungkan kejuruteraan optik generasi baharu yang direka untuk membawa fotografi mudah alih ke tahap yang lebih tinggi. Dibangunkan bersama Hasselblad, sistem pengimejan ini meneruskan kerjasama kedua-dua jenama dalam kepakaran pengimejan profesional.
Diposisikan sebagai “Built to Be Your Next Camera,” Find X9 Ultra direka untuk memberikan prestasi pengimejan bertaraf profesional dalam bentuk sebuah telefon pintar flagship. Ketika berucap pada acara media OPPO di Barcelona, Elvis Zhou, CEO OPPO Europe, berkata:
“Pada tahun 2026, banyak peranti akan membawa label ‘Ultra’. Kami percaya gelaran itu perlu diraih. Dengan Find X9 Ultra, kami menetapkan penanda aras baharu untuk pengimejan mudah alih.”
Maklumat lanjut, termasuk spesifikasi penuh dan ketersediaan, akan diumumkan secara berperingkat menjelang pelancaran globalnya.

