Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S26 & Galaxy S26+ kini rasmi dengan Exynos 2600 – cipset 2nm pertama dipasaran

Samsung Galaxy S26 & Galaxy S26+ kini rasmi dengan Exynos 2600 - cipset 2nm pertama dipasaran 1

Samsung Galaxy S26 & Galaxy S26+ kini rasmi dengan Exynos 2600 - cipset 2nm pertama dipasaran 2

Selain Samsung Galaxy S26 Ultra, Samsung Galaxy S26 dan Samsung Galaxy S26+ juga telah dilancarkan dengan upgrade yang lebih minimalistik dan ianya  dikuasakan dengan cipset Exynos 2600 yang merupakan cipset 2nm pertama dipasaran.  

Dari segi reka bentuk, Samsung Galaxy S26 dan Samsung Galaxy S26+ memiliki rekaan yang seperti generasi sebelum ini yang berasaskan gelas dan aluminium yang premium namun modul kamera kini mempunyai ‘island’ yang berasingan.

Selain itu, Samsung Galaxy S26 dan Galaxy S26+ memiliki chasis Enhanced Armor Aluminium dan lapisan Gorilla Glass Victus 2 pada bahagian hadapan dan belakang.

Samsung Galaxy S26 & Galaxy S26+ kini rasmi dengan Exynos 2600 - cipset 2nm pertama dipasaran 3

Seterusnya itu,  Galaxy S26 dan Galaxy S26+ memiliki skrin paparan Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.3-inci (FHD+) dan 6.7-inci (QHD+) dengan kadar segar semula 1Hz-120Hz (LTPO) dan kecerahan maksima sehingga 2,600nits. Kedua-dua model juga mempunyai sensor capjari ultrasonic dalam skrin.

Seterusnya, Samsung Galaxy S26 dan Galaxy S26+ dijana cip pemprosesan flaghsip terbaru Exynos 2600  bersama 12 RAM dan tiga pilihan storan dalaman iaitu 128GB (Galaxy S26 sahaja), 256GB atau 512GB.

Samsung Galaxy S26 & Galaxy S26+ kini rasmi dengan Exynos 2600 - cipset 2nm pertama dipasaran 4

Ke bahagian kamera pula, kedua telefon pintar ini juga berkongsi sistem kamera yang sama iaitu satu sensor utama wide 50MP yang memiliki aperture f/1.8 dan OIS, sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 10MP yang menawarkan 3x zoom optik dan mempunyai OIS. Kamera selfie adalah 12MP yang sama seperti pada semua model Galaxy S26 Series.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy S26 memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh yang menyokong pengecasan pantas Super Fast Charging 25W (0-55% dalam masa 30 minit) dan Wireless Fast Charging pada kadar 15W manakala Samsung Galaxy S26+ pula memiliki bateri berkapasiti 4,900mAh dengan pengecasan pantas Super Fast Charging 2.0 pada kadar 45W (0-69% dalam masa 30 minit) dan pengecasan pantas tanpa wayar 20W.

Lain-lain spesifikasi Galaxy S26 dan Galaxy S26+ adalah Bluetooth 5.4 (Bluetooth 6.0 pada S26+), penarafan kalis air dan habuk IP68, Wi-Fi 7 , ciri Circle to Search by Google, Google Gemini dan One UI 8.5 yang berasaskan Android 16 bersama jaminan 7 tahun kemaskini Android.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S26 dan Galaxy S26+ di Malaysia :

  • Samsung Galaxy S26 256GB – RM 3,999
  • Samsung Galaxy S26 512GB – RM 5,199
  • Samsung Galaxy S26+ 256GB – RM 5,399
  • Samsung Galaxy S26+ 512GB – RM 6,199

Dari 26 Februari hingga 10 Mac 2026, nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,200 termasuk storan berganda (RM 800) dan Samsung Rewards Points Booster (RM 400)  serta rebat segera RM700 dengan kad bank terpilih.

Anda juga boleh berjimat sehingga RM4,000 melalui program tukar beli Galaxy Forever, menikmati diskaun 30% untuk aksesori mudah alih terpilih, serta memilih pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan dari bank-bank yang mengambil bahagian.

Dapatkan Samsung Galaxy S26 Series di https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-s26-series/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.