Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra – Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra - Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini 1
Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra - Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini 2
Samsung Galaxy S26 Ultra

Samsung Galaxy S26 Series baru sahaja dilancarkan di Samsung Unpacked 2026 yang telah menyaksikan pelancaran telefon pintar flagship Galaxy dengan slogan ‘The Easiest, Effortless AI Phone’.

Mengetuai cabaran Samsung didalam pasaran telefon pintar global bagi tahun 2026 adalah Samsung Galaxy S25 Ultra yang kini tampil dengan reka bentuk lebih ’rounded’ dan cipset flagship terbaik dengan fokus kepada Galaxy AI yang lebih memudahkan segala rutin dan tugas harian anda. 

Selepas diberikan akses awal kepada telefon pintar flagship Samsung, ini adalah pandang pertama kami mengenai Galaxy S26 Ultra yang kini telah mula ditawarkan di Malaysia.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra - Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini 3

Privacy Display

Samsung Galaxy S26 Ultra menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan ciri skrin Privacy Display yang terbina secara terus pada skrin (hardware level).

Apabila di aktifkan, ciri Privacy Display ini  melindungi telefon anda daripada “shoulder surfing” (orang mengintai skrin dari belakang atau tepi) di mana sahaja anda berada.

Anda boleh menyemak mesej atau memasukkan kata laluan di pengangkutan awam tanpa perlu risau atau berfikir dua kali tentang siapa yang mungkin sedang memerhati.

Dalam pada itu, Privacy Display ini juga boleh dipra-tetap untuk beberapa aplikasi penting seperti aplikasi perbankan, gallery atau ketika memasukkan kata laluan mahupun membuka pattern lock telefon pintar anda.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra - Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini 4

Pengecasan Pantas Super Fast Charging 3.0 (65W)

Samsung Galaxy S26 Ultra hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan teknologi pengecasan Super Fast Charging 3.0 pada kadar 65W dan ini bermaksud anda boleh mengecas telefon pintar Ultra ini dari tahap 0%-75% didalam masa 30 minit sahaja.

Selain itu, Galaxy S26 Ultra juga hadir dengan ciri pengecasan tanpa wayar pada kadar 25W dengan sokongan Qi2 namun tiada magnet terbina pada peranti.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra - Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini 5

Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy

Samsung Galaxy S Ultra series adalah model yang sentiasa diberikan akses kepada cipset terbaik daripada Qualcomm dan tahun ini Galaxy S25 Ultra telah dikuasakan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy.

Menariknya, Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy adalah versi yang telah diubahsuai untuk menawarkan prestasi yang lebih tinggi berbanding peranti Android dengan cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang lain. Ini membolehkan

Beraama cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 ini, Galaxy S26 Ultra akan ditawarkan dengan 12GB RAM bersama tiga pilihan storan dalaman iaitu 256GB, 512GB dan 1TB.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra - Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini 6

Reka Bentuk lebih elegan dan uniform

Samsung Galaxy S26 Ultra menampilkan reka bentuk kini lebih uniform bersama keluarga Galaxy S yang lain. Kesemua model Galaxy kini tampil dengan reka bentuk yang sama dan warna pilihan yang sama dengan perbezaan hanya lah pada saiz skrin dan teknologi dalaman.

Bercakap mengenai dimensi, Galaxy S26 Ultra kini mempunyai ketebalan sekitar 7.9mm dengan berat 214gram.

Galaxy S26 Ultra hadir dengan penggunaan Armor Aluminium yang ringan dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass Armor 2.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra - Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini 7

Galaxy AI – Agentic AI

Samsung Galaxy S26 Ultra meneruskan legasi Galaxy AI namun lebih dipermudahkan menjadikanya sebagai telefon pintar AI yang paling senang untuk digunakan dan ‘effortless’.

Agentic AI pada Galaxy S26 Series boleh dikatakan telah mengubah bagaimana AI digunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh ciri Now Nudge yang memberikan ‘real-time suggestion’ tentang sesuatu perkara yang perlu dilakukan. Sebagai contoh kenalan anda meminta untuk berkongsi nombor telefon rakan anda, Now Nudge akan secara langsung menawarkan nombor telefon rakan anda yang boleh dikongsikan terus dari aplikasi WhatsApp.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra - Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini 8

Selain itu, Agentic AI juga telah menambahbaik ciri Now Brief untuk menjadikanya lebih peribadi berdasarkan tabiat penggunaan dan rutin.

Dalam pada itu, Bixby pula kini telah dinaik taraf  untuk berfungsi sebagai agen peranti perbualan (conversational device agent).

Kemaskini ini menjadikan interaksi dengan peranti Galaxy lebih intuitif, kerana pengguna hanya perlu menyatakan keperluan mereka menggunakan bahasa semula jadi. Selain itu, ia turut memperluaskan akses kepada jawapan terkini daripada carian web terbuka.

Pandang Pertama : Samsung Galaxy S26 Ultra - Privacy Display dan Agentic AI mencuri tumpuan pada tahun ini 9

Dapatkan Samsung Galaxy S26 Ultra Sekarang!

Bercakap mengenai pilihan warna, Samsung Galaxy S26 Ultra akan ditawarkan didalam warna Cobalt Violet, Sky Blue, Black dan White manakala warna eksklusif di Samsung Online Store adalah Silver Shadow dan Pinkgold.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S25 Ultra di Malaysia :

  • Samsung Galaxy S26 Ultra 256GB – RM 5,999
  • Samsung Galaxy S26 Ultra 512GB – RM 6,799
  • Samsung Galaxy S26 Ultra 1TB – RM 7,999

Harga jualan Samsung Galaxy S26 Ultra di Malaysia bermula dari RM 6,799 (harga promosi RM 5,999) bagi versi 12/512GB dan RM 7,999 (harga promosi RM 7,199) bagi versi 16GB/1TB dengan pra-tempahan kini telah dibuka.

Dari 26 Februari hingga 10 Mac 2026, nikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,200 termasuk storan berganda dan Samsung Rewards Points Booster serta rebat segera RM700 dengan kad bank terpilih.

Anda juga boleh berjimat sehingga RM4,000 melalui program tukar beli Galaxy Forever, menikmati diskaun 30% untuk aksesori mudah alih terpilih, serta memilih pelan ansuran faedah 0% sehingga 36 bulan dari bank-bank yang mengambil bahagian.

Dapatkan Samsung Galaxy S26 Series di https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-s26-series/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.