Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anker Prime Smart Display Charger dan Prime Power Bank kini rasmi di Malaysia – kemuncak teknologi pengecasan

Anker Prime Smart Display Charger dan Prime Power Bank kini rasmi di Malaysia - kemuncak teknologi pengecasan 1

Anker Prime Smart Display Charger dan Prime Power Bank kini rasmi di Malaysia - kemuncak teknologi pengecasan 2Anker, peneraju global No.1 dunia dalam teknologi pengecasan telah memperkenalkan barisan smart charging terbaharu di Malaysia, diterajui oleh  Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687), pengecas paling maju dan pintar setakat ini. Diiktiraf sebagai CES 2026 Innovation Awards Honoree atas reka bentuk dan prestasi inovatifnya, pengecas ini melambangkan misi Anker yang dirangkum dalam slogan “See your power, Trust your Charge,” bagi membantu pengguna mengecas semua peranti dengan lebih pantas.

Meneruskan pencapaian ini, barisan baharu Anker turut memperkenalkan Anker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B) yang menawarkan intelligent power management dan pengalaman multi-device charging yang lancar.

Selain itu, pelancaran ini juga merangkumi solusi lain termasuk  Anker Nano Smart Display Charger (140W)(A2697) dan  Anker Prime Powerbanks 300W (A110A) and 220W (A110B) manakala  Anker Nano Laptop Powerbank (165W)(A1695) daripada portfolio sedia ada, yang dilengkapi short dan retractable USB-C cable serta TFT colour display, terus menyediakan portable power yang boleh dipercayai.

Secara keseluruhan, solusi ini menjadikan pengecasan lebih pantas, mudah, selamat dan intuitif untuk creators, students, families dan professionals sama ada di rumah, pejabat atau ketika bergerak.

Anker Prime Smart Display Charger dan Prime Power Bank kini rasmi di Malaysia - kemuncak teknologi pengecasan 3

Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687) – Flagship Fast Charging dengan 160W Triple USB-C Ports

Sama ada membalas email, mengecas pelbagai peranti ketika bercuti hujung minggu, atau top up laptop dan tablet antara mesyuarat, Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687) menjadikan pengecasan lebih effortless.

Pengecas bersaiz tapak tangan ini menampilkan tiga USB-C ports dengan jumlah output 160W, serta pengagihan kuasa pintar melalui PowerIQ™ 5.0 Technology (AI-powered charging optimisation) untuk kecekapan optimum. Paparan real-time menunjukkan output, temperature dan charging status secara terus, membolehkan pengguna sentiasa mengetahui keadaan pengecasan.

Dengan berat hanya 220 gram dan 43% lebih kecil berbanding Apple 140W charger, pengecas ultra-kompak bersaiz AirPods ini mudah diletakkan di atas meja, dalam backpack atau di sebelah katil.

Dikuasakan oleh PowerIQ™ 5.0 Technology (AI-powered charging optimisation) dan disokong oleh ActiveShield™ 4.0, ia memastikan peranti kekal sejuk dan dilindungi, manakala keserasian dengan Anker power bank membolehkan output sehingga 150W untuk pengecasan lebih pantas. Diiktiraf oleh CES 2026 atas inovasi dan reka bentuknya, pengecas ini membuktikan kepakaran Anker dalam menghasilkan solusi pengecasan yang pintar, selamat dan interaktif.

Anker Prime Smart Display Charger dan Prime Power Bank kini rasmi di Malaysia - kemuncak teknologi pengecasan 4

Anker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B) – Smart Multi-Port Charging untuk Setiap Peranti

Bagi pengguna yang mengecas pelbagai peranti di rumah, pejabat atau ketika bercuti, Anker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B) menawarkan prestasi high-power yang konsisten. Reka bentuk triple-port menyediakan output berterusan 100W yang kekal stabil walaupun selepas 50 minit penggunaan berterusan, memastikan laptop, tablet dan telefon dicas dengan cekap tanpa downclocking.

AI-driven power distribution mengimbangi tenaga secara pintar antara port, termasuk kombinasi 95W + 5W yang dioptimumkan, memastikan kecekapan maksimum apabila mengecas peranti berkuasa tinggi seperti laptop bersama gadget kecil seperti phone, earbuds atau smartwatch. Ini mengelakkan overload atau overheating pada peranti kecil sambil memastikan semua peranti dicas dengan cepat dan selamat. Pengecas ini juga menyokong protokol 90W fast charging Xiaomi untuk peranti yang serasi.

Paparan real-time memaparkan output, aktiviti port dan temperature, manakala dual GaN chips dengan ActiveShield™ 3.0 intelligent temperature control memastikan operasi yang selamat. Kompak, ringan dan dilengkapi foldable prongs, pengecas ini menawarkan pengecasan stabil dan versatil di mana sahaja diperlukan.

Anker Prime Smart Display Charger dan Prime Power Bank kini rasmi di Malaysia - kemuncak teknologi pengecasan 5

Ketersediaan

Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687) boleh didapati pada harga MYR 489, manakala Anker Nano Smart Display Charger (100W) (A121B) ditawarkan pada harga MYR 229 bermula 25 Februari 2026. Pelanggan boleh mendapatkan pengecas ini di peruncit elektronik dan gaya hidup terkemuka termasuk saluran rasmi e-dagang Anker di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Pelancaran produk ini mengukuhkan lagi kedudukan Anker sebagai world’s no.1 charging brand serta meraikan pengiktirafan Anker Prime Smart Display Charger (160W) (A2687) di CES 2026. Dengan gabungan reka bentuk bertaraf anugerah, intelligent power management dan prestasi versatil, Anker terus menetapkan standard untuk fast, safe, smart dan seamless charging merentasi semua peranti — selari dengan komitmen jenama untuk membantu pengguna mengecas segala-galanya dengan lebih pantas, boleh dipercayai dan intuitif.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.