Akan Datang: Pengalaman Galaxy Camera yang Lancar untuk Penghasilan Konten Lebih Mudah
Mengubah foto daripada siang ke malam dalam beberapa saat. Memulihkan bahagian objek yang hilang dalam imej, seperti gigitan pada kek. Menggabungkan beberapa foto menjadi satu imej yang padu dan harmoni. Keupayaan kreatif seperti ini dahulunya memerlukan kemahiran profesional atau berjam-jam suntingan. Kini, semuanya boleh dilakukan dalam beberapa minit, terus dari telefon Galaxy anda, hanya dengan menaip arahan dalam kata-kata sendiri.
Inilah evolusi seterusnya kamera Galaxy: pengalaman menyeluruh dengan sistem kamera Galaxy paling hebat pernah dihasilkan sebagai asasnya.
Kamera mudah alih kini melangkaui sekadar merakam gambar. Galaxy AI yang terkini menyatukan keupayaan kreatif canggih untuk merakam, menyunting dan berkongsi dalam satu platform yang intuitif. Hasilnya ialah pengalaman yang lancar serta proses kreatif yang lebih fleksibel — tanpa perlu bertukar antara aplikasi atau mengendalikan alat yang rumit. Kreativiti kini terasa lebih pantas, mudah dan semula jadi.
Teras evolusi ini ialah kepercayaan bahawa kreativiti tidak seharusnya dihadkan oleh kemahiran teknikal atau pengalaman. Daripada penggambaran hingga penyuntingan, kamera Galaxy telah mentakrifkan semula apa yang mampu dilakukan.
Kini sesiapa sahaja boleh menghasilkan video sinematik, menjejak pergerakan bintang di langit malam atau merakam foto dengan perincian kaya walaupun dalam keadaan cahaya rendah. Dengan input multimodal yang semula jadi, proses suntingan menjadi semudah menggambarkan idea anda dalam beberapa patah perkataan.
Nantikan pengalaman kamera Galaxy yang paling mudah dan mesra pengguna setakat ini, yang akan dilancarkan minggu hadapan di:
Anda dijemput untuk menyaksikan Galaxy Unpacked yang seterusnya!
Pada 26 Februari, sertai kami untuk menyaksikan pelancaran inovasi Galaxy terbaharu Samsung — menandakan fasa baharu dalam era AI apabila kecerdasan menjadi benar-benar peribadi dan adaptif. Acara ini akan disiarkan secara langsung di Laman Web Rasmi Samsung Malaysia, Newsroom, YouTube, Instagram, Facebook dan LinkedIn bermula jam 2.00 pagi waktu Malaysia, 26 Februari 2026.
Dari 11 Februari hingga 25 Februari 2026, daftarkan minat anda di: https://www.samsung.com/my/unpacked/
Anda akan menerima e-baucar bernilai RM150 untuk pembelian peranti Galaxy terpilih yang diperkenalkan semasa Unpacked 2026, serta berpeluang memenangi hadiah misteri bernilai sehingga RM68,000 secara keseluruhan!



