Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Malaysia Tayangkan Filem Tahun Baharu Cina “Unsaid, Still Felt” Dirakam dengan vivo X300 Pro

vivo Malaysia Tayangkan Filem Tahun Baharu Cina “Unsaid, Still Felt” Dirakam dengan vivo X300 Pro 1

vivo Malaysia Tayangkan Filem Tahun Baharu Cina “Unsaid, Still Felt” Dirakam dengan vivo X300 Pro 2

vivo Malaysia telah menayangkan filem pendek Tahun Baharu Cina berjudul “Unsaid, Still Felt” pada 13 Februari 2026 yang dirakam sepenuhnya menggunakan vivo X300 Pro, sekali gus membuktikan bahawa teknologi kamera telefon pintar flagship kini mampu menghasilkan visual bertaraf sinematik tanpa memerlukan peralatan produksi tradisional yang besar dan kompleks.

vivo Malaysia Tayangkan Filem Tahun Baharu Cina “Unsaid, Still Felt” Dirakam dengan vivo X300 Pro 3

vivo X300 Pro dilengkapi keupayaan rakaman 4K 120fps 10-Bit Log serta ZEISS Gimbal-Grade Main Camera, menjadikannya peranti yang sesuai untuk penceritaan visual yang lebih dinamik dan mendalam.

Filem ini dibintangi pelakon berpengalaman Malaysia, Jordan Voon Sow-Peng, bersama pencipta kandungan komedi Alvin Zhang Xiao Zi (Teo Khai Ming). Mereka membawakan kisah yang dekat dengan realiti kebanyakan keluarga Cina, di mana kasih sayang jarang diungkapkan secara langsung, namun jelas terpancar melalui tindakan dan pengorbanan harian.

“Unsaid, Still Felt” mengetengahkan tema jurang emosi antara generasi serta bagaimana ungkapan yang ringkas mampu merapatkan hubungan kekeluargaan. Dalam konteks ini, teknologi bukan sekadar alat, tetapi medium yang membantu menghubungkan perasaan dan mencipta kenangan bermakna.

vivo Malaysia Tayangkan Filem Tahun Baharu Cina “Unsaid, Still Felt” Dirakam dengan vivo X300 Pro 4

Bersempena dengan pelancaran filem tersebut, vivo Malaysia turut menganjurkan Peraduan Fotografi Dalam Talian “Let Love Be Spoken” yang berlangsung dari 12 hingga 28 Februari 2026. Peraduan ini terbuka kepada semua pengguna telefon pintar dan menggalakkan peserta merakam momen berinspirasikan Tahun Baharu Cina berdasarkan tema seperti Self-Love, Family Love, Romantic Love atau Friend Love.

Peserta hanya perlu memuat naik gambar di media sosial bersama kapsyen yang mendedikasikan momen tersebut kepada insan tersayang, serta menyertakan tanda pagar #vivoX300Series, #X300ZEISSImageGoFurther dan #vivoX300LetLoveBeSpoken.

Penyertaaan berganda dibenarkan, dan pengguna vivo digalakkan untuk mengaktifkan watermark kamera.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk vivo X300 Blue sebagai hadiah utama, diikuti vivo Buds untuk tempat kedua dan koleksi pin eksklusif vivo bagi tempat ketiga.

Dibangunkan dengan kerjasama ZEISS, vivo X300 Series hadir dengan teknologi pengimejan yang direka untuk merakam detik kehidupan sebenar dengan lebih jelas dan stabil. vivo X300 Pro menampilkan kamera 200MP ZEISS APO Telephoto, ZEISS Gimbal-Grade Main Camera, cip Pro Imaging VS1 serta rakaman video profesional 4K 120fps. Sementara itu, vivo X300 pula dilengkapi kamera utama 200MP ZEISS dan penstabilan bertaraf CIPA 4.5.

Daripada suasana perjumpaan keluarga sempena perayaan hingga ke detik santai bersama insan tersayang, vivo X300 Series direka untuk memastikan setiap emosi dapat dirakam dengan penuh kejelasan dan perincian. Kini, siri ini boleh didapati di semua vivo concept store serta pengedar sah vivo di seluruh Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.