Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix NOTE Edge kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999 sahaja

Infinix NOTE Edge kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999 sahaja 1

Infinix NOTE Edge kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999 sahaja 2

Infinix secara rasminya telah melancarkan Infiniz NOTE Edge, sebuah yang  menggabungan estetika premium dan prestasi menyeluruh dalam satu peranti.  pada harga yang sangat berpatutan.

Infinix NOTE Edge kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999 sahaja 3

Antara tarikan utama Infinix NOTE Edge ini ialah kapasiti bateri besar 6500mAh yang dipadankan dengan teknologi bateri self-repairing pertama dalam kelasnya. Teknologi ini menggunakan proses pemulihan arus rendah untuk membaiki mikro-retakan dalaman apabila bateri habis sepenuhnya, membolehkan lebih 80% kapasiti dikekalkan selepas 2,000 kitaran pengecasan, bersamaan kira-kira enam tahun penggunaan biasa.

Ia juga menyokong pengecasan pantas 45W (Hyper Mode) yang mampu mencapai 50% dalam 27 minit dan penuh dalam 62 minit. Dari segi ketahanan penggunaan, ia mampu bertahan sehingga 26 jam navigasi Google Maps atau 22 jam tontonan YouTube berterusan.

Infinix NOTE Edge kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999 sahaja 4

Dari aspek prestasi, NOTE Edge menjadi yang pertama di dunia dilancarkan dengan cip MediaTek Dimensity 7100 5G yang turut menampilkan 13 pengoptimuman 5G bersama MediaTek, memberikan sehingga 30% peningkatan kelajuan video di kawasan sesak, 5% kadar kejayaan panggilan lebih tinggi ketika bergerak, serta peningkatan 33% dalam persekitaran gangguan tinggi. Teknologi Ultra Powerful Signal (UPS) 3.0 AI Super Signal pula memastikan liputan dan kestabilan sambungan 5G lebih baik di kawasan terpencil, dalam bangunan, terowong, parkir bawah tanah dan tren berkelajuan tinggi.

Selain itu, Infinix Edge menampilkan skrin 3D curved resolusi 1.5K bertaraf sinematik dengan bezel simetri ultra nipis serendah 1.87mm. Ianya menawarkan kecerahan puncak sehingga 4500 nits bagi paparan jelas walaupun di bawah cahaya matahari terang.

Infinix NOTE Edge kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999 sahaja 5

Pengalaman multimedia dipertingkatkan dengan pembesar suara stereo dwi JBL yang ditala secara profesional untuk bass padu dan vokal jelas, menjadikan NOTE Edge seakan pawagam mudah alih peribadi. Skrin turut dilindungi Corning® Gorilla® Glass 7i, manakala badan peranti mempunyai penarafan IP65 kalis habuk dan percikan air.

Dari segi reka bentuk, NOTE Edge hadir dengan kemasan Pearl Light Ripple Shadow yang diinspirasikan daripada tekstur batu permata cat’s-eye, ditawarkan dalam empat warna premium iaitu Lunar Titanium, Silk Green, Stellar Blue dan Shadow Black. Varian Silk Green.

Untuk pengalaman pintar harian, NOTE Edge tampil dengan XOS 16 berasaskan Android 16 dengan janji tiga naik taraf Android utama sehingga XOS 19 serta lima tahun kemas kini keselamatan. Ia dilengkapi sehingga 8GB RAM dengan sokongan MemFusion yang boleh diperluaskan sehingga 16GB, serta teknologi Perception Scheduling 3.0 untuk kelancaran multitugas. Butang sisi Customizable One-Tap membolehkan akses pantas kepada pembantu AI FOLAX yang boleh menganalisis kandungan skrin untuk jawapan segera, terjemahan masa nyata dan ringkasan rakaman panjang.

Infinix NOTE Edge kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999 sahaja 6

Dari sudut fotografi, NOTE Edge dilengkapi kamera utama 50MP dengan sensor besar 1/2 inci dan piksel 0.8μm untuk hasil lebih jelas dalam keadaan cahaya rendah. Ia turut memperkenalkan mod Live Photo yang merakam klip dinamik 3 saat bersama audio, menyokong penjanaan terus dalam format GIF atau MP4 untuk perkongsian media sosial.

Infinix NOTE Edge kini ditawarkan di Malaysia pada  harga RM999 dimana setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM 109 yang termasuk NOTE Edge Casing, Phone Strap & Tempered Glass.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.