Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung mengacah kemampuan kamera Galaxy S26 Series melalui beberapa video teaser

Samsung mengacah kemampuan kamera Galaxy S26 Series melalui beberapa video teaser 1

Screenshot

 

Samsung mengacah kemampuan kamera Galaxy S26 Series melalui beberapa video teaser 2

Samsung telah meningkatkan bahang pelancaran Galaxy S26 Series dengan mengeluarkan beberapa video teaser berdurasi pendek yang mengetengahkan kemampuan kamera telefon pintar ini.

Video pertama memperlihatkan kemampuan zoom Galaxy S26 Series dimana seorang pengguna melakukan zoom pada seekor anjing yang berada didalam kereta pada tahan zoom melebih tahap 10x.

Seterusnya, dua lagi video teaser pula memperlihatkan kemampuan video malam Galaxy S26 Series yang didakwa akan hadir dengan sensor 200MP yang baharu.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy S26 Series dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari ini dimana kita akan menyaksikan tiga model dilancarkan secara rasmi iaitu Galaxy S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra.

Tonton video teaser Galaxy S26 Series dibawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.