Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone Fold bakal tiba tahun ini – hadir dengan kapasiti bateri terbesar pernah ditawarkan pada iPhone

Apple iPhone Fold bakal tiba tahun ini - hadir dengan kapasiti bateri terbesar pernah ditawarkan pada iPhone 1

Apple iPhone Fold bakal tiba tahun ini - hadir dengan kapasiti bateri terbesar pernah ditawarkan pada iPhone 2

Apple iPhone Fold dijangka akan dilancarkan pada tahun ini dan laporan terbaru dari China mendedahkan bahawa ianya akan hadir dengan kapasiti bateri terbesar yang pernah digunakan pada iPhone.

Pada bulan November yang lalu, iPhone Fold dikatakan akan hadir dengan bateri berkapasiti antara 5,400mAh hingga 5,800mAh namun laporan terkini berkata ianya adalah sekitar 5,500mAh sahaja. Jika ini tepat, bateri iPhone bukan sahaja akan menjadi yang terbesar pernah ditawarkan, malah ia adalah hampir 10% lebih besar berbanding bateri yang ditawarkan pada iPhone 17 Pro Max (versi eSim).

Apple iPhone Fold bakal tiba tahun ini - hadir dengan kapasiti bateri terbesar pernah ditawarkan pada iPhone 3

Mengambil kira optimasi iOS yang sangat baik, bateri 5,500mAh pada iPhone Fold mungkin memberikan jangka hayat yang jauh lebih baik berbanding model foldabled lain dipasaran.

Dalam pada itu, iPhone Fold dijangka akan hadir dengan skrin paparan utama berukuran 7.8-inci, cover screen 5.8-inci, dua sensor 48MP, dua sensor selfie 18MP, cip A20 Pro dan 12GB RAM.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.